Islamic Widget

Friday, December 24, 2010

Edisi Geram Lagi..

Assalamualaikum..

rasa-rasa dah lama tak dengar pasal kutu rambut kan.. ni entah macam mana anak aku, si buuu tu boleh dapat pula kutu.. itu aku tahu semasa hendak mengambil anak-anak pulang dari rumah babysitter.. katanya ada seorang emak budak (cikgu) yang menhantar anaknya juga ke rumah babysitter ni mengadu dekat dia yang kepala anak dia ada kutu.. dia tanyalah siapa yang ada kutu kat dalam rumah tu.. kakak ni pun periksalah satu persatu kepala budak-budak kat situ termasuk anaknya sekali.. semua orang tak ada.. tengok-tengok kepala anak cikgu & si buuu yang ada.. pelik lah pula.. anak mana ada bawa buuu jalan-jalan kemana-mana seminggu dua ni.. masa banyak dihabiskan di rumah emak (sememangnya dah jadi macam rumah utama.. rumah sendiri cuma balik untuk tidur, basuh-basuh baju sahaja.. kadang tu nak berkemas rumah sendiri pun tak sempat).. dan ulang alik ke rumah babysitter..

gambar kutu - ehsan cik google..

pastu, barulah kakak ni teringat yang anak cikgu ni pergi sekolah tadika.. ni anak dia berjangkit dengan budak-budak kat tadika la ni yang sampai bawa kat rumah babysitter.. sian kat buuu tau.. dah lah pasal anak cikgu tu dulu pernah buat buuu sampai masuk hospital tiga hari penghujung bulan april yang lalu.. sebab ceri beri berlarutan.. geram betul aku dengan cikgu tu.. suka nak menyalahkan orang lain.. dah lah anak dia tu pula suka bawa penyakit.. nak pula masa buuu kena admit kat hospital masa tu, dia boleh kata alah sikit jer.. boleh baik punya.. bagi minum air masak banyak-banyak.. apa engko ingat anak aku ni kebal ke.. tak payah makan minum langsung sehari dua hari.. anak engko tu lain lah kalau engko nak buat macam tu.. engko tu memang tak kisah pun kalau anak engko yang sakit.. sebab bukan engko yang jaga anak engko tu.. engko campak jer kat rumah babysitter.. sebab engko dah bayar dia kan.. jadi biarlah dia yang jaga.. (boleh ke macam ni punya perangai manusia pun ada.. dia ni memang berlagak sikit.. kalau berjumpa pun bukannya nak senyum ke, tegur jauh lah sekali.. aku senyum pun dia buat-buat pandang tempat lain..)

aku memang geram jer rasa bila tengok anak cikgu tu.. dah lah suka bergaduh dengan buuu.. sebab dia suka rampas mainan yang buuu tengah pegang ke.. semalam memang dia gaduh depan aku masa aku hantar buuu dengan chembam.. nak jer rasa lempang-lempang tampar-tampar manja gitu.. eee yeaks.. nasib baik iman aku kata jangan buat..

buuu masa kena tahan kat emergency ward pusrawi..
masa ni memang dah tak bertenaga dah dia..
cian anak ummi..

masa ni buuu kena admit kat pusrawi.. dari 29/04/10 hingga 01/05/10.. itu pun aku mintak nak balik rumah sebab dah tak larat nak jaga buuu.. waktu itu aku tengah sarat mengandungkan chembam.. tahu sahaja lah kalau berumahtangga kat hospital.. mana nak laratnya.. tidur pun tak selesa.. mak pun tak boleh nak tolong temankan sebab adik manja aku baru sahaja dalam pantang anak sulung.. buuu asyik ceri beri dan muntah-muntah.. apa yang dia makan semuanya keluar semula.. kalau tak ikut mulut.. ikut buntut.. sampai tak larat ummi dia nak layan lagi dah.. sudahnya walid pun kena jangkit dan pergi klinik masuk 'air' drip.. aku pun terkena juga dan masuk 'air' kat klinik sebab tenaga dah tak ada..

geram tak geram aku kat cikgu tu.. susah kalau ada orang yang jenis pentingkan diri sendiri.. kalau dah kaya sangat, tak payah lah hantar anak kat rumah babysitter.. cari sahaja orang gaji.. macam anak dia sorang pula yang duduk kat sana.. orang tak ada hati perut macam ni lah..

Wassalam..

Wednesday, December 22, 2010

Barang Lama Dibuang Jangan..

Asssalamualaikum..

kebiasaannya kita apabila mendapat sesuatu yang baru, yang lama pasti dilupakan.. tapi pada aku, lagi lama disimpan, makin aku sayang sampaikan hendak menggantikannya dengan yang baru pun terasa berat untuk aku lakukan.. hendak pula kalau barang itu sudah lama diguna pakai..

alkisahnya.. cik abang menegur tentang sepatu yang selalu aku pakai.. tak kira ke pejabat atau pergi berjalan-jalan.. sepatu ini aku mula pakai sewaktu mengandung anak sulung.. memang agak lama sudah.. bayangkan anak sulung aku pun nak menginjak ke usia empat tahun.. bukan tak ada sepatu lain.. memang ada yang lain.. tapi mungkin disebabkan sudah selalu sangat memakainya dan aku pun selesa dengannya.. jadi jarang benarlah aku menggunakan sepatu yang lain.. maka faham-faham sahajalah keadaan sepatu itu sekarang.. dah tentu tidak sempurna lagi..

dan hari ini, cik abang telah pun membelikan aku yang baru sebagai hadiah untuk hari lahir aku juga.. terharu sungguh dengan pemberian abang.. dan apabila mengenangkan pemberian aku untuk abang pada hari lahirnya yang lalu.. aku jadi sedih dan sebak untuk mengingatkan semula apa yang telah berlaku.. bukan rezeki kita kata abang.. memang.. memang hebat ujian untuk aku dan abang untuk tahun ini.. rasa sayang pula nak menggantikan yang lama dengan yang baru.. yang pasti aku tidak akan membuangnya.. dan tetap akan terus menggunakannya juga.. tapi mungkin tidak sekerap dahulu lagi..

Wassalam..

Thursday, December 16, 2010

Amalan-Amalan Sunat 10 Muharram (Asyura)..

Assalamualaikum..

disini ada sedikit info untuk dikongsi bersama..

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Wassalam..

Cutenya.. Dah Pandai Nak Makan Sama..

Assalamualaikum..

ni nak cerita sikit pasal si chembam.. sabtu lepas, dalam perjalanan hendak ke rumah emak, aku, abang & buuu makan roti kosong jer sebagai alas perut pagi-pagi semasa dalam kereta.. chembam pun tengok orang semua makan, mulut dia pun terkumat- kamit.. nak makan sama.. dalam pada ummi tengah sibuk nak bagi buuu roti lagi, chembam pun nampak ummi tengah pegang roti, dia pun apa lagi.. cuba buat rampasan nak makan roti juga.. tengok lah gambar-gambar ni yang walidnya sempat ambil..

hehehe.. dah berjaya ambil roti daripada tangan ummi..

menghisap roti sampai basah roti dibuatnya..

tengok tu.. dengan lengan baju pun dia hisap..
cute sangat.. ni baru roti jer.. kadang tu kalau tengok ummi nya makan nasi pun, mulut chembam ni dah terkumat-kamit.. nak makan juga apa yang orang tengah makan.. hehehe.. budak-budak zaman sekarang memang advance daripada kita.. :)

Wassalam..

Saturday, December 11, 2010

Rasa Geram.. Tapi Nak Lepas Kat Siapa..

Assalamualaikum..

hehehe.. jangan pula fikir apa-apa.. ni saja-saja nak bercerita.. kurang-kurang dapat kelegaan sedikit bila dah luahkan dalam blog ni.. kadang kala aku rasa gerammm sangat-sangat kat 'bos besar' aku.. sebab, kerjanya asyik nak menyalahkan orang bawahan sahaja.. walaupun kesalahan itu kadang kala datangnya daripada dia sendiri.. yelah.. awak tu boss kan.. yang aku tak boleh nak terima tu, dia boleh kata staff dia yang bijak pandai (kononnya lah tu.. dia tak tahu semua yang dah berhenti tu semua dok kutuk kata dia & tak tahan kerja dengan dia anak beranak sebab dia orang ni memang suka maki hamun orang.. apa dia ingat dia kaya dia berkuasa sangat ker) semua dah tinggalkan dia sebab tak tahan kerja dengan orang stupid2.. eeeee.. boleh dia cakap macam tu.. bengang jer telinga aku dengar dia cakap macam tu kat kami yang masih bekerja dengan dia.. tolonglah.. kitaorang ni pun ada hati dan perasaan juga boss.. mulut memang tak ada insurans betul orang tua ni.. kalau tak ada pekerja ko yang 'stupid' ni kerja lagi kat office ko.. dah habis tungang langgangnya office ko tu.. 

dah tu pula, kalau ada yang buat salah tu (sebagai manusia biasa, adatlah tu kalau buat salah) asyik-asyik suruh orang berhenti kerja.. itu sajalah modal dia.. tak heran katanya kalau kita nak berhenti kerja sekali pun, sebab ramai lagi yang nak kerja dengan dia.. cishh.. porahhh.. tengok mai.. ramai mana yang orang tahan kerja dengan dia.. orang yang datang interview first time pun tak sanggup nak datang kerja kat company dia.. bila panggil nak bagi offer kerja.. semuanya tak nak.. yang nak pun, last minute cancel nak masuk kerja.. pastu boleh pula dia salahkan kami sebab tak buat kerja (tak cari pekerja baru, tulah mulut tu suruh lagi orang berhenti.. tak ada rasa menghargai pekerja yang loyal langsung.. mana orang tak berhenti)

jangan ingat ko kaya.. ko boleh beli semua harta kat dunia ni.. hahahhaa.. geram.. geram.. (nak marah depan dia tak boleh.. tapi kadang tu aku terlepas juga depan dia.. nasib baik dia tak faham bahasa melayu sangat) ;) lega hati aku nokk..

Wassalam..

Thursday, December 9, 2010

Kesuntukan Waktu..

Assalamualaikum..

dah hampir seminggu tak update apa-apa.. bukan tak ada bahan untuk diceritakan.. tapi kesuntukan waktu untuk menulis.. kalau hendak diikutkan memang banyak yang nak diceritakan dan menunggu untuk menulis.. insyaallah jika masa mengizinkan, nanti saya akan sambung semula.. dan hujung tahun ni, macam-macam perkara yang hendak dibuat.. ditambah pula dengan kesihatan yang kurang memuaskan kebelakangan ini..

apa-apa pun terima kasih kepada yang sudi menjengah blog ini dan salam maal hijrah 1432..

Wednesday, December 1, 2010

Begitu Cepat Masa Berlalu..

Assalamualaikum..

hari ini dah masuk bulan disember.. lagi 30 hari menjelang tahun baru 2011.. cepat betul masa berlalu meninggalkan kita.. rasa macam baru lagi dalam tahun 2010 ini.. banyak kenangan suka, duka dalam tahun ini.. kalau hendak diikutkan, memang tahun ini penuh dengan cerita duka yang melatari kehidupan aku sekeluarga.. namun aku menganggap itu semua dugaan untuk menguatkan lagi ingatan aku kepada pencipta kita.. dia yang lebih berkuasa dan mengetahui apa yang terbaik untuk kita.. dan biarlah ianya berlalu pergi.. apa yang berlaku, aku ambil dari sudut yang positif walaupun ada yang sukar untuk aku telan semua yang pahit itu.. bermacam-macam dugaan datang tanpa dipinta.. tapi itu semua akan aku jadikan penguat semangat aku untuk teruskan juga kehidupan.. lain orang, lain dugaannya.. kita tidak boleh mengukur atau membandingkannya dengan diri kita kerana setiap yang hidup ada dugaan masing-masing..

aku harap akan lebih tabah menghadapi liku-liku kehidupan selepas ini.. terus tabah demi anak-anak yang sedang membesar.. insyaallah..

Wassalam..

Pesanan Daripada Imam Al Ghazali..

Assalamualaikum..

pagi ni saya ada terima email daripada seorang teman untuk berkongsi pengetahuan agama.. jadi saya paparkan untuk renungan kita bersama sebagai pengajaran.. mungkin ada yang pernah membacanya.. sudi-sudikanlah membaca sekali lagi dan menghayatinya.. sekadar peringatan untuk kita semua..


Pesanan Imam Al-Ghazali..

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.


Imam Ghazali: Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri..


oleh itu, senantiasalah kita menjaga agama kita, hawa nafsu kita, amanah yang diberikan kepada kita, solat kita dan lidah kita kerana mati itu pasti bagi semua yang hidup.. waktunya sahaja tidak kita ketahui..

Wassalam..