rasa-rasa dah lama tak dengar pasal kutu rambut kan.. ni entah macam mana anak aku, si buuu tu boleh dapat pula kutu.. itu aku tahu semasa hendak mengambil anak-anak pulang dari rumah babysitter.. katanya ada seorang emak budak (cikgu) yang menhantar anaknya juga ke rumah babysitter ni mengadu dekat dia yang kepala anak dia ada kutu.. dia tanyalah siapa yang ada kutu kat dalam rumah tu.. kakak ni pun periksalah satu persatu kepala budak-budak kat situ termasuk anaknya sekali.. semua orang tak ada.. tengok-tengok kepala anak cikgu & si buuu yang ada.. pelik lah pula.. anak mana ada bawa buuu jalan-jalan kemana-mana seminggu dua ni.. masa banyak dihabiskan di rumah emak (
gambar kutu - ehsan cik google..
pastu, barulah kakak ni teringat yang anak cikgu ni pergi sekolah tadika.. ni anak dia berjangkit dengan budak-budak kat tadika la ni yang sampai bawa kat rumah babysitter.. sian kat buuu tau.. dah lah pasal anak cikgu tu dulu pernah buat buuu sampai masuk hospital tiga hari penghujung bulan april yang lalu.. sebab ceri beri berlarutan.. geram betul aku dengan cikgu tu.. suka nak menyalahkan orang lain.. dah lah anak dia tu pula suka bawa penyakit.. nak pula masa buuu kena admit kat hospital masa tu, dia boleh kata alah sikit jer.. boleh baik punya.. bagi minum air masak banyak-banyak.. apa engko ingat anak aku ni kebal ke.. tak payah makan minum langsung sehari dua hari.. anak engko tu lain lah kalau engko nak buat macam tu.. engko tu memang tak kisah pun kalau anak engko yang sakit.. sebab bukan engko yang jaga anak engko tu.. engko campak jer kat rumah babysitter.. sebab engko dah bayar dia kan.. jadi biarlah dia yang jaga..
aku memang geram jer rasa bila tengok anak cikgu tu.. dah lah suka bergaduh dengan buuu.. sebab dia suka rampas mainan yang buuu tengah pegang ke.. semalam memang dia gaduh depan aku masa aku hantar buuu dengan chembam.. nak jer rasa
buuu masa kena tahan kat emergency ward pusrawi..
masa ni memang dah tak bertenaga dah dia..
cian anak ummi..
masa ni buuu kena admit kat pusrawi.. dari 29/04/10 hingga 01/05/10.. itu pun aku mintak nak balik rumah sebab dah tak larat nak jaga buuu.. waktu itu aku tengah sarat mengandungkan chembam.. tahu sahaja lah kalau berumahtangga kat hospital.. mana nak laratnya.. tidur pun tak selesa.. mak pun tak boleh nak tolong temankan sebab adik manja aku baru sahaja dalam pantang anak sulung.. buuu asyik ceri beri dan muntah-muntah.. apa yang dia makan semuanya keluar semula.. kalau tak ikut mulut.. ikut buntut.. sampai tak larat ummi dia nak layan lagi dah.. sudahnya walid pun kena jangkit dan pergi klinik masuk 'air' drip.. aku pun terkena juga dan masuk 'air' kat klinik sebab tenaga dah tak ada..
geram tak geram aku kat cikgu tu.. susah kalau ada orang yang jenis pentingkan diri sendiri.. kalau dah kaya sangat, tak payah lah hantar anak kat rumah babysitter.. cari sahaja orang gaji.. macam anak dia sorang pula yang duduk kat sana.. orang tak ada hati perut macam ni lah..
Wassalam..
huhu tu kes tak percaya laki sendiri la tu.. kata gaji banyak sangat kononnya tapi nak juga hantar anak kat rumah pengasuh.. masa cuti sekolah pun sanggup hantar anak sebab malas nak jaga sendiri (sibuk buat tuisyen nak cepat kaya katanya).. apa punya mak budak la reti beranak je.. dah la anak jenis pembiak penyakit.. memang tak suka langsung dengan dia dah la bajet macam cun je padahal hampeh.. huhu tumpang geram sekali.. tunggu la aerynn dah besar suruh je belasah anak2 dia yang kenit2 tu. huhuhu
ReplyDelete