Islamic Widget

Tuesday, November 30, 2010

'Tak Makan' Saman Betul..

Assalamualaikum..

rasa nak gelak pun ada bila melihat keletah si buuu ni.. ada sahaja benda yang diexplorenya.. budak tengah lasaklah katakan.. dan tiap kali balik ke kampung, buuu ni pun macam lepas 'kandang' sahaja.. mana tidak nya.. tak serik-serik nampaknya buuu ni.. kejadian 'makan' sambal belacan tempoh hari.. (boleh refer kat sini) buuu buat lagi..

ya allah, kali ni lagi lah.. bila buuu menjerit, tengok habis mukanya dengan sambal belacan opah.. nasib baik tak kena mata dan termakan.. meja habis bersepah dibuatnya.. memang lasak betul.. rasanya abangnya pun tak adalah lasak macam buuu ni.. kerusi kat meja makan memang tak boleh dibiar terbuka.. senang sangat buuu memanjat.. pening ummi tengok anak ummi yang seorang ni lah.. adventurous sungguh.. tu lah.. kalau nak dimarah pun bukan nya dia faham.. tapi kadang kala faham juga cuma saja je buat-buat nakal dia tu.. opahnya pun dah naik pening tengok buuu ni..

kes minyak kwan loong pun sama juga.. kali ni siap minum lagi.. bila dah terasa 'pedas' baru dia rasa.. berderau sekejap jantung.. takut juga lah kalau apa-apa terjadi sebab dah tertelan minyak tu.. hisssh memang tak makan saman lah buuu ni..

itu yang buat tidak boleh nak berhias rumah sangat.. habis semua nak 'dikemas'nya.. kalau tak masuk mulut, dilemparkannya ke bawah.. hik hik.. memang menjaga anak di bawah umur tiga tahun ni menuntut kesabaran yang tinggi dan perhatian yang lebih.. kalau lalai itu yang boleh jadinya perkara yang diluar jangkaan kita.. semoga aku tidak tergolong dalam golongan yang lalai itu....

nilah budak nakal yang ummi sebut tu.. geram jer ummi tengok.. nak gigit gigit dia tau..

Wassalam..

Monday, November 29, 2010

Yang Ditunggu Dah Muncul..

Asssalamualaikum..

gembira sangat, akhirnya kaklong selamat melahirkan juga baby yang kononnya macam nak keluar dah hari khamis lepas.. nampaknya baby baru ni nak sama tarikh dengan 'abang lang'nya.. hari sabtu (27hb) baru lah baby nak keluar..

aku tak dapat nak pergi tengok 'orang baru' sebab dah selamat pulang ke kampung emak jumaat malam.. sebab cibul ada ikut opah dan atuk nya balik ke kampung.. kalau tak balik, nanti lama sangat tak berjumpa dengan cibul.. kalau nak tengok wajah orang baru, boleh singgah kat blog adik manjaku niennluv.. tengok kat entry pasal Baby Baru vs Baby 'Besar'..

bilalah agaknya baru berkesempatan nak tengok baby baru ni.. tak sabar rasanya nak pergi melawat.. mungkin selepas kaklong balik semula ke puchong sebab kaklong bercadang nak balik ke melaka untuk berpantang di sana dalam dua minggu.. tahniah buat along dan kaklong kerana menambahkan lagi bilangan ahli keluarga kita yang kecil ini.. :)

Wassalam..

Thursday, November 25, 2010

Menanti 'Orang Baru'..

Asssalamualaikum..

berdebar-debar rasanya bila pagi tadi emak ada menelefon memberi perkhabaran baik..

emak: assalamualaikum na, kak long dah keluar tanda nak bersalin dah..
aku: waalaikumussalam.. ye ker mak.. baru lagi ker..
emak: along baru lepas hantar kak long kat office.. pastu kak long telefon semula kata dah keluar tanda.. nanti mesej lah kat along.. tanya berita..
aku: ok mak, insyaallah.. dah tu mak balik kl semula tak..
emak: tak lah.. alah dah anak yang ke empat tu.. tak pe lah.. ok la tu..
(sebahagian perbualan aku dengan emak)

emm mak baru sahaja balik kampung semalam dengan anakku cibul.. tak mungkin lah nak balik.. lagipun emak abah nak rehat kat kampung dalam seminggu.. berbalik pada kak long aku, jangkanya bersalin 28hb ni.. agaknya baby dah tak sabar nak keluar la tu.. aku pula rasa jadi tak tentu arah ni.. rasa macam saat nak bersalinkan chembam pula.. (huhuhu masa tu sedih juga.. mak, abah dengan adik bongsuku ciklie pergi menunaikan umrah.. dan yang pasti chembam lahir sama tarikh dengan opahnya..) tak sabar lah pula nak tengok wajah 'orang baru'.. kali ni ikut muka siapa lah pula agaknya.. bertambah-tambah lagi lah ahli keluarga kami :)

cik abang bersama cibul, buuu dan anak-anak along semasa melawat zoo negara tahun lepas..
Wassalam..

Wednesday, November 24, 2010

Berani Dalam Takut - Bahagian II

Assalamualaikum..

sambungan cerita bahagian I.. masih lagi dalam mood 'sakit' akibat bengkak di gusi.. tu yang tak ada mood nak menulis sehari dua ni..

aku pun tak tahu macam mana boleh jadi berani untuk mencabut gigi yang kadang kala sakit ini.. mungkin sudah lama aku menanggung sakitnya itu yang membuatkan aku nak cabut.. sampai di klinik awal juga.. tapi menunggu doktor punya lama.. ni yang buat aku makin cemas.. bila doktor sampai sahaja lagi lah bertambah tambah tahap kecemasan aku ni.. dan masa nama aku dipanggil (sebab aku orang yang pertama) rasa macam nak pengsan kat depan pintu tu sahaja.. boleh tak fikir macam tu jadinya.. sebab takut lah ni.. tapi nak buat juga.. nak rasa macam mana pengalaman cabut gigi.. sekurang-kurangnya bila orang bercerita tentang sakit gigi.. aku tahu lah tahapnya macam mana.. kelakar betul lah.. dalam hati punyalah macam nak melalak jer.. rasa nak terjun dari kerusi kat bilik dentist tu.. nak jer lari balik rumah semula..

masa mula-mula doktor sapukan ubat bius.. aku ok lagi.. tak adalah ciri-ciri rupa orang takut nak cabut gigi.. tapi bila doktor tanya pernah ke tidak cabut gigi sebelum ini mula lah aku nak lompat jer.. memanglah tak pernah cabut lagi.. doktor pula boleh cakap yang dia risau kalau orang pertama kali cabut gigi.. (agaknya dia takut aku terajang dia kot masa nak cabut gigi tu..) alah.. rileks la doc.. kalau doc takut, aku pun takut.. yelah mana tahu masa nak cabut gigi aku jadi tak berjaya la pula.. memang betul jangkaan aku.. seisi mencabut menjadi sukar daripada doktor jangka sebab kedudukan gigi yang dalam dan gusi yang kuat.. tak ada ciri-ciri gusi boleh bagi kerjasama dengan baik.. banyak kali juga aku disuntik dengan ubat apa aku kurang pasti, tapi rasanya agak pahit dan tidak membahayakan jika tertelan.. siap aku cakap dalam hati, cuba pujuk diri supaya jangan buat perkara-perkara yang menyukarkan kedua-dua pihak (aku dan doktor) untuk mencabut gigi dengan mudah.. dan berulang-ulang kali aku membaca la ila hailahu subahnaka ini kuntuminal zolimin..

selepas mencuba hampir empat kali barulah gigi geraham bongsu dapat keluar.. setelah hampir 45minit doktor berhempas pulas untuk mengeluarkannya.. nasib baiklah doktor lelaki yang buat.. kalau doktor perempuan, aku rasa tak tercabut agaknya.. memang payah betul sebab gigi tak goyang atau ciri-ciri nak cabut memanglah susah.. siap masa nak cabut tu banyak kali juga doktor tanya sakit tak.. aku cuma diam.. tak tahu nak bagi reaksi macam mana.. nak jawap mulut dah ternganga macam mana nak jawapkan.. diam sahaja lah.. doktor tu mesti ingat sebab aku takut sangat sampai nak jawap pertanyaan dia pun susah..

sebelum balik, aku diberi dua jenis ubat antibiotik dan sejenis ubat tahan sakit bagi mengurangkan rasa sakit.. sejam lepas cabut, jangan makan apa-apa pesan nurse tu.. hehehe.. keluar dari klinik aku rasa ok jer.. tak adalah sakit mana cabut gigi ni (tu cakap orang berlagak masa bius ada lagi.. mulut dengan bibir pun kebas lagi waktu itu..) elok sahaja ubat bius dah hilang, haaa.. tu dia baru tahu sakitnya macam mana.. waktu tu baru datang rasa menyesal.. kenapalah aku pergi cabut gigi ni.. biar sahaja kan elok.. lantaklah nak sakit sikit-sikit pun bukannya mati.. waaaa.. rasa nak pengsan balik la.. tak tahannya.. sudahnya daripada dipesan jangan makan lagi sejam jadi tujuh jam kemudian baru dapat aku makan.. itu pun makan bubur sahaja yer.. sakit tuhan sahaja lah yang tahu.. masa cabut tu siap cakap, kena jadi kuat.. sakit lagi nak bersalin daripada sakit cabut gigi.. tapi pada aku, sakit nak bersalin, sakitnya lain.. sakit cabut gigi ni, sakitnya lain.. jangan main-main dengan sakit gigi..

dua hari juga lah aku dapat mc sebab tak tahan sakit bengkak gusi yang kena cabut tu.. nak bercakap pun susah, inikan pula nak makan.. jadi.. pada sesiapa yang tak tahan nak tanggung rasa sakit, jangan cabut yer.. kalau nak cari penyakit.. boleh juga.. tak salah pun.. sekurang-kurangnya lain kali bila dah betul-betul sakit nak tercabut, baru aku pergi klinik untuk cabut gigi... :)

Wassalam..

Monday, November 22, 2010

Berani Dalam Takut - Bahagian I

Assalamualaikum..

kalau nak dikategorikan aku ni jenis apa.. rasanya memang aku jenis yang 'berani dalam takut' dan bukannya 'takut dalam berani'.. kalau hari khamis doktor ada memberi cadangan supaya aku mencabut gigi geraham bongsu aku yang sakit itu, nampaknya aku hari ini menurut cadangan yang diberikan.. itu sebab aku kata aku ni jenis 'berani dalam takut'.. mana tidaknya.. kalau aku betul-betul berani, sudah tentu tiga empat tahun yang lepas lagi aku dah cabut gigi tu dan tak perlu untuk menanggung sakitnya sehingga kini..

dalam takut-takut itu aku gagahkan diri untuk mencabut juga walaupun kalau hendak diamibil kira keadaan gigi, memang masih kukuh dengan gusi.. tidak ada tanda-tanda goyang sekali pun.. cuma rasa berdenyut-denyut tetap ada.. kalau dulu sakitnya akan hilang selepas dua tiga hari.. tapi kali ini rasa sakit itu tetap akan ada juga.. itu yang membuatkan aku menjadi 'berani' untuk berjuang mencabutnya juga..

dalam hati berdoa janganlah sakit bila cabut gigi nanti.. keh keh keh.. sedangkan kalau gigi yang bergoyang nak tercabut tu pun sakit bila dicabut.. inikan pula gigi yang memamg kuat lagi dengan gusi ini.. tak tahu nak cakap macam mana lagi dah.. apa yang pasti aku kena tempuhi juga..

akan disambung nanti.. keadaan masa mencabut gigi..

Wassalam..

Friday, November 19, 2010

Dalam Sakit-Sakit..

Assalamualaikum..

semalam masa doktor bagi aku mc dan aku pulang ke rumah emak dalam pukul 12 lebih, tengok ada tetamu di rumah emak.. kawan mak, makcik peah yang sudi datang ke rumah untuk mengajar emak membuat ketupat palas.. bila emak nampak jer aku, terus emak suruh belajar sama dengan makcik peah.. sebab mak belajar tak dapat-dapat skill untuk membuat ketupat palas ni.. aku pun bukannya pandai sangat pun.. sebab mak kata aku dah biasa buat ketupat daun kepala, jadi emak suruh juga aku belajar supaya kemudian hari boleh buat sendiri dan tak perlu beli lagi.. selalunya beli dapat kecil-kecil jer.. jadi semalam memang super selambak gituu..

inilah rupa ketupat palas yang siap direbus.. (dalam kuali lagi ni..)

hai.. nampak macam mudah nak buat.. tapi susah juga nak buat.. padanlah emak tak dapat juga skill nak buat.. emak lagi lah tangan kidal.. susah nak buat waktu nak pusing-pusing daun palas untuk bungkus pulut tu..

yang ini aku buat.. boleh cam sebab tangkai atasnya aku tak potong..

dapat jugalah aku belajar buat dalam empat biji.. hehehe.. kena selalu buat untuk dapatkan skill yang lebih baik lagi.. emmm.. lepas ni tak payah lah beli lagi.. dah boleh buat dah ni.. rupa?? tak kisah lah walaupun tak secantik mana.. janji boleh lagi dimakan..

Wassalam..

Thursday, November 18, 2010

Cerita Sakit Gigi Lagi..

Assalamualaikum..

nampaknya sakit gigi geraham bongsu aku ni masih lagi ada.. biasanya sakit akan hilang selepas dua tiga hari..ni dah nak masuk seminggu tak hilang juga.. akhirnya tengah hari tadi aku mengalah juga untuk pergi ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan.. puncanya bengkak yang makin menjadi-jadi dan mulut payah nak dibuka bila nak makan.. jangan kata nak makan.. nak telan air liur pun aku rasa sakit.. nak bercakap pun aku rasa sakit.. dulu-dulu tak adalah sakit teruk macam ni.. sekarang ni sakitnya makin tak tertanggung rasanya..

bila buat pemeriksaan di klinik gigi tadi.. doktor bagi lah dua jenis antibiotik & ubat tahan sakit untuk mengurangkan sakit gigi.. dan doktor memberi cadangan untuk aku mencabut gigi geraham bongsu tersebut kerana keadaannya yang agak tersepit dan tiada lagi ruang untuk gigi tumbuh dengan sempurna.. hehehe aku menganguk sahaja tanda setuju.. tapi gigi tak boleh untuk dicabut hari ini dalam keadaan gusi yang masih bengkak.. ni cari penyakit namanya kata doktor.. lagi pun ubat bius tidak akan berfungsi dengan baik kalau gusi masih bengkak.. dan akhirnya doktor memberi cadangan untuk mencabut gigi aku pada hari isnin depan secara pembedahan.. pengsan sekejap rasanya bila dengar nak kena bedah dan cabut gigi kekal yang elok-elok jer kat dalam tu..

sekarang ni bila dah makan ubat rasa sakit tu dah berkuranganlah.. huk huk huk.. macam berani sangatlah aku ni nak pergi bedah gigi.. takut melalak jer nanti.. agaknya mahu kena lempang dengan doktor aku nanti.. rasanya dari dulu lagi kakak baik ku kat office lama (kak zana) dah bagi cadangan untuk buat pembedahan bagi buang gigi geraham tu.. disebabkan aku penakut penyegan sebenarnya dengan doktor gigi itu lah menanggung sakit dah dekat tiga empat tahun ni.. kalau dari dulu aku dengar nasihat dia kan elok.. tak adalah nak tanggung sakit gigi ni berulang kali..

apa-apa pun tunggu hari isnin nanti.. harap semuanya berjalan dengan lancar.. dan aku pun berani untuk pergi semua ke klinik gigi.. :)

Wassalam..

Kecil-Kecil Dah Pandai Gaduh..

Assalamualaikum..

alahai.. kali ni nak bercerita pasal si kecil anak ku sorang ni.. baru jer lima bulan tapi dah pandai nak gaduh dengan sepupunya.. anak kepada niennluv iaitu anak adik aku yang baru jer berusia tujuh bulan.. jarak mereka memang rapat.. selang dua bulan jer.. sekali imbas dah macam anak kembar pula.. kat rumah pun memang dah panggil mereka berdua ni kembar.. masa aku dalam pantang aritu pun aku jaga dua-duanya sekali.. bila sorang nangis.. sorang lagi pun turut nangis.. bila sorang menyusu.. sorang lagi pun nak susu.. hai.. memang dah macam kembar dia orang berdua ni.. semuanya nak ikut sama-sama..

sekarang ni pun dah pandai nak berebut benda yang sama.. dah pandai nak bergaduh.. hissh hissh.. kecil-kecil dah pandai nak gaduh-gaduh yer.. nanti ummi babam dua-dua ni baru tahu.. tengok lah gelagat dua 'beradik kembar' ni berebutkan rantai puting chembam.. sebab kat rantai tu ada gambar mickey mouse.. comey betul tengok dia orang bergaduh..

kak yong aeryn dah mula rapat.. nak buat rampasan kat chembam.. dari tadi aim nak ambil juga.. chembam pertahankan..

dah berjaya nak dapat dah ni.. chembam dah mula menangis..

cian chembam.. puting dia dah kena ambil dengan kak yong aeryn..

siap masa gaduh tu tarik-tarik rambut lagi.. kelakar pun adalah baby-baby dua orang ni.. bukan takat tahu bergaduh jer.. jelous pun pandai.. chembam tu bukannya boleh kalau ummi dia nak dukung aeryn sekejap.. nanti dia jeling.. hehehe.. satu lagi kebolehan chembam.. pandai jeling-jeling anak ummi ni.. ni memang dari umur sebulan chembam dah pandai buat.. :)

anak-anak zaman moden ni.. banyak perkara yang mereka cepat belajar.. itulah sebabnya sekarang ni ramai anak-anak boleh dapat 5A dalam UPSR tu senang-senang sahaja.. tak macam zaman kita dulu-dulu.. kalau dapat 5A tu memang dah kecoh sebandar lah.. sebab susah nak dapat pencapaian cemerlang..

Wassalam..

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha

Assalamualaikum..


Salam Aidiladha buat semua teman-teman blogger.. masa berlalu begitu pantas.. esok dah nak raya qurban pula.. rasa macam baru je sambut aidilfitri.. ni dah nak sambut aidiladha pula.. biasanya suasana sambutan aidiladha tidak lah disambut meriah seperti aidilfitri.. tapi sekarang ni dah meriah juga hari raya aidiladha.. banyak masjid-masjid yang buat qurban.. dan esok pastinya sibuk dengan acara melapah.. masjid di rumah emak sebanyak 10 ekor lembu untuk qurban dan 2 ekor lembu untuk tujuan aqiqah pula.. banyak tu.. petang ni sahaja lembu untuk aqiqah akan selamat 'dikorban'kan.. makan daging lembu sahajalah seminggu dua ni..

kalau 3 tahun yang lepas, emak & abah pergi memunaikan rukun islam ke-lima buat kali ke-dua.. tahun lepas juga along & kak long aku pergi menunaikan pelengkap rukun islam diusia muda.. rasa bangga sangat dapat tengok along & kak long antara golongan dewasa yang muda pergi tunaikan haji tahun lepas.. masing-masing baru berusia 34 tahun..sedih pun ada masa nak tinggalkan tiga orang anak-anak yang masih kecil waktu itu.. yang sulung baru sahaja 8 tahun dan yang kecil 5 tahun.. dah seru nak pergi haji diusia muda.. jadi peluang tersebut along tak lepaskan begitu sahaja.. alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar.. along & kak long pergi dan balik dalam keadaan selamat.. tahun ini dalam masa nak sambut aidiladha, kak long tengah berdebar-debar nak sambut 'orang baru' dalam keluarga.. :)

aku & abang pun berharap dapat juga pergi menunaikan haji sebelum masuk zone 'warga emas'.. bukannya apa takut nanti bila dah tua baru nak pergi bimbang tak mampu lakukan banyak perkara.. semuanya perlukan bantuan.. harap-harap impian ini dapat terlaksana juga sebelum mata ini tertutup..

Wassalam..

Monday, November 15, 2010

Adoii.. Sakitnya Gigi..

Assalamualaikum..

antara sakit yang paling tak tahan, mesti ramai yang setuju.. sakit GIGI.. rasa serba tak kena nak buat kerja. serba salah jer rasa.. nak makan pun susah sebab nak buka mulut luas-luas pun rasa sangat sakitnya.. nak pening kepala pun ada.. yang pasti mood pun jadi tak berapa nak elok gara-gara sakit gigi.. sakit gigi bongsu aku ni dah lama juga rasanya aku tanggung. ada la dalam 3, 4 tahun juga.. sampai ada kawan yang bagi pendapat untuk buat pembedahan bagi membuang gigi geraham bongsu supaya sakitnya tak melarat nanti..

aku nak pergi klinik cabut gigi.. heiii... tak apalah.. baik aku tanggung sahaja sakitnya ini.. tak nak lah pergi klinik.. karang daripada sakit sikit, jadi banyak pula.. jadi rasanya tanggung sahajalah sakit gigi ni.. alah nanti esok esok hilang lah sakit gigi tu..

p/s: hehehe.. penakut juga rupanya aku ni bila masuk bab gigi..

Wassalam..

Friday, November 12, 2010

Lasaknya Anak Ummi Ni..

cerita ni berlaku minggu lepas sewaktu pulang ke kampung emak.. anak aku yang nombor dua ni (buuu merangkap angah) memang lasak.. mengalahkan abangnya.. ni kes terlebih lasaklah waktu lepas makan malam tu..

sedang aku nak basuh tangan, tiba-tiba terdengar buuu menjerit.. sepantasnya aku menoleh ke meja makan semula.. ya allah apa yang dah buuu buat ni.. rupanya buuu dah terambil sudu sambal belacan dan menjilatnya.. hehehe nak merasalah tu.. memang betul-betul terasa.. haa amik ko.. kan ummi dah cakap tadi jangan main-main kat atas meja tu.. ummi suruh turun tak nak.. isk.. isk.. memang lasak betullah buuu ni.. baru tak sampai 2 saat ummi bangun nak basuh tangan.. pantas betul la.. cepat-cepat bagi buuu minum air manis.. mujurlah tak lama dia menangis.. terkena sipi jer kot sambal tu.. :)

keesokan harinya berlaku juga perkara yang lebih kurang sama.. tapi kali ni buuu ambil minyak 'kwan loong' pula.. minyak yang seakan sama dengan minyak 'cap kapak'.. minyak opahnya ini penutupnya dah pecah.. (hehehe.. dipecahkan oleh cibul).. ada atas meja makan diruang tamu.. buuu yang lasak ni memanjat kerusi untuk naik atas meja.. apa yang ada atas meja tu, semuanya nak dimasuk dalam mulut.. waaaaaa.. terkena lagi anak ummi ni.. hisap lagi botol tu.. tu lah semuanya nak masuk dalam mulut..


buuu yang comey lagi lasak. sangat-sangat lasak sekarang ini..
*masa ni baru 13bulan*


hehehe.. nak marah-marah pun tak guna.. dia mana tahu kan.. kita yang mak bapak la kena tengok-tengok apa yang anak kita buat.. jangan lepa dan jangan biarkan dia orang ni main sorang-sorang tanpa pengawas.. bahaya.. nak pula yang bawah umur 3 tahun ni.. memang lah dalam masa sesaat pun macam-macam boleh jadi.. kena selalu pantau apa yang dia orang main.. sayang anak ummi.. cian dia..

Cintaku Bukan Mainan

kekasihku ketahuilah
cinta ini bukannya mainan
cinta ini tulus hatiku
hanya untuk mu..

tapi mengapa engkau sangsi
dengan kejujuranku
walaupun kita telah lama menjalin kasih ini..

bukankah kita sudah berikrar
untuk terus setia selamanya
sehidup semati
tiada siapa akan dapat memisahkannya..

tapi mengapa terjadi juga perpisahan
yang melukakan jiwa ragaku ini
kekasihku..
aku begitu terseksa dengan perpisahan ini..

kita sama-sama terlalu leka
kerana terlalu percaya
bahawa tiada apa yang dapat memisahkan kita
sedangkan kita terlupa pada yang maha esa
kerana dia yang telah mengaturkan segalanya..

ego..
mungkin kerana sikap itu yang menjadi puncanya
kerana masing-masing tidak mahu mengalah..
kau juga bagai terhukum sekarang dengan semua yang terjadi
walaupun kesilapanmu itu tidak disengajakan
tidak engkau relai sebenarnya..

ketahuilah kekasihku
hanya engkau yang ku sayang
hanya engkau yang menghiburkan
hanya engkau yang merawat segala duka..
pergilah..
pergilah menjalani kehidupan baru mu dengan tenang
anggap sahaja suratan itu telah tertulis
untuk kita dan sama-samalah kita redha..


*luahan hati seorang adik yang disayangi.. walaupun tidak diluahkan dengan kata-kata.. tetapi kakakmu ini dapat memahaminya..

Tuesday, November 9, 2010

Selamat Hari Jadi Abah.. Sayang Abah

alhamdulilah.. syukur pada Allah s.w.t. kerana masih memanjangkan usia abah setahun lagi hari ini.. semoga abah memperoleh kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan abah..

sayang.. memang sayang sangat sangat kat abah.. nak cakap kat depan-depan tak boleh.. aku ni jenis sememeh gak.. nanti nangis yang lebih daripada bercakap.. abah memang sporting.. penyayang dengan anak-anak.. tak lokek dengan apa yang abah ada.. sebolehnya apa yang dihajati abah akan tunaikan.. bezanya cepat atau lambat sahaja.. dari kecil lagi kalau nak bercerita masalah.. abah lah yang menjadi pilihan jika nak dibandingkan dengan emak.. sebab emak garang sikit.. tapi semenjak dah masuk zone 'warga emas' ni.. abah berubah watak banding dengan masa muda abah dulu..

sewaktu sambutan hari jadi abah tiga tahun yang lepas bersama cibul..

abah.. walaupun sukar nak diucapkan.. jauh disudut hati ini amat menyayangi abah selama-lamanya.. tiada siapa yang dapat mengganti tempat abah.. dan tak akan ada yang serupa dengan abah.. love u soooo muchh abah...

Monday, November 8, 2010

Makan-Makan Lagi

kalau ada jalan-jalan cari makan.. mesti ada posting.. kalau tak tu tak ada lah yang menariknya pun.. biasanya tempat yang 'diserang' untuk lunch tu, tempat makan yang jarang dikunjungi.. sekali sekala sahaja.. kalau selalu, mahu 'parah'lah poket ku ini..

jom layan antara gambar-gambar yang sempat diambil melalui handphone aku yang tak la secanggih mana ini.. lokasi kali ni di putri corner jalan kuching / jalan ipoh..

nasi + siput sedut..

sirap laici

 sup ekor..

sayur ulam + sambal-sambal..

menu utama - ikan pari bakar..
makannya tak ada ramai mana.. cuma bertiga jer.. tapi order nak penuh meja juga.. hehehe.. sudahnya aku jugalah yang jadi mangsa kena habiskan makanan.. sebab yang lain dah tak larat nak habiskan.. mengah juga nak menghabiskannya.. :)

Sunday, November 7, 2010

Adik.. Kau Tetap Kami Sayang..

adikku sayang..
sudah bertahun kita berkenalan
walaupun jarang kita bertemu
namun rindu tetap jua datang..

adikku sayang..
walaupun takdir telah menentukan
adik tidak menjadi sebahagian
daripada keluarga ini
ketahuilah adik..
kami tetap sayang
adik sampai bila-bila..

adikku sayang..
memang sukar untuk menerima kenyataan
adik bukan lagi milik kami
adik semakin jauh rasanya
jauh.. meninggalkan segala kenangan adik
bersama kami walaupun seketika..

adikku sayang..
begitu sukar menerima hakikat
kemesraan kita hanya setakat ini sahaja
kerinduan ini terhenti di sini..

adikku sayang..
kami tetap mendoakan
agar adik berbahagia
kerna adik berhak untuk rasa bahagia
seperti insan-insan lain..

puisi ini ditujukan khas untuk adik hajar tersayang.. kalau adik ada baca.. jangan sedih-sedih ye.. kami semua tetap sayangkan adik.. jaga diri baik-baik & selamat menempuh kehidupan baru dengan lebih tenang & indah.. ada hikmah yang tersembunyi.. yang kita mungkin tak tahu sekarang mengapa semua ini berlaku.. percayalah hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita semua.. aminnn..

Tiga Hari Yang Indah..

emm.. ptg khamis lalu balik dari kerja.. ambil anak-anak.. kami terus jer pulang ke kampung.. berhujung minggu di sana.. maklumlah nama pun balik kampung.. jadi line internet di sana pun kurang cantik.. maka tak dapat lah nak ber'blogging'.. hari baru dapat sambung balik..

selain dapat melepaskan rindu dekat cibul.. tak ada apa yang menarik.. nak berjalan-jalan sangat pun cuaca tak berapa elok.. hujan dari pagi hingga ke petang.. cadangnya nak mandi sungai.. bila dah hujan saja risau gak nak mandi.. takut pula hanyut nanti.. :)

Thursday, November 4, 2010

Rindunya..

alahai.. rindu betul ummi kat anak ummi sorang ni.. kalau ikutkan memang tak nak bagi cibul ikut opah & atuk balik kampung dulu.. ni dah hampir seminggu ummi tak layan kerenah anak ummi sorang ni.. walaupun cibul nakal, ummi tetap sayangkan cibul.. ummi tetap rindukan cibul.. huhuu..

semalam ummi telefon opah.. opah cakap cibul dah tidur.. awalnya.. waktu tu baru pukul 8.25 malam.. opah beritahu cibul tak tidur siang hari.. tu yang buat cibul tidur awal.. sebelum maghrib lagi.. dalam pada ummi tengah berbual-bual dengan opah, cibul bangun.. tapi cibul tak nak cakap dengan ummi.. huhuhu.. sedihnya.. tak dapat ummi nak dengar suara cibul yang dah 2 hari ummi tak dengar..

cibul.. kesayangan ummi, walid, adik-adik & kesayangan semuanya..

tak apalah.. nanti tunggu ummi, walid & adik-adik balik ye.. esok dah mula cuti.. walid pun dah buat keputusan nak balik kampung juga.. rindu kami semua kat cibul.. jangan nakal-nakal.. kesian kat opah & atuk nak layan cibul nanti..

Wednesday, November 3, 2010

Cerita Makan Lagi..

hari ni masih lagi dalam mood jalan-jalan cari makan waktu lunch.. hehehe.. tempat jauh lagi dari yang biasa makan.. kali ini di kawasan taman melati pula.. kedai makan berhadapan dengan masjid salehuddin al ayyubi (berhampiran LRT tmn melati).. rajin benar 'dreber' nak bawa jalan jauh-jauh sikit kali ni..

ni bukannya apa nak bercerita pasal makan lunch tadi.. ada rasa tidak puas hati sikit.. nak kata aku ambil banyak sangat menu tu.. rasa-rasa tak lah pula.. yang aku ambil cuma ulam daun chelom, pegedil, ikan goreng talapia & sambal-sambal sikit (sambal belacan, cencaluk & budu).. bantainya dia charge aku RM8 sekali dengan air sirap limau.. mak aiii.. cekik darah betul.. tahu lah kalau ikan sungai tu mahal.. tapi takkan lah sampai seekor tu nak kira RM4 seekor.. melampau mahal.. untuk nasi dengan lauk-lauk saja dah kena RM6.50.. huhu.. tu lah nak makan lagi dekat tempat 'luar biasa'..

inilah yang aku makan tadi..

mak selalu cakap.. pasal makan jangan lah ungkit-ungkit.. mahal ke.. tak sedap ke.. tak baik ungkit soal rezeki.. huhuhu tapi ni bukan aku nak mengungkit.. cuma rasa tidak puas hati dengan harga yang agak 'melampau' pada aku.. hehehe ni dah kira macam harga aku makan untuk dua hari je kat kedai-kedai biasa.. nak kata tempat ni standard sangat tu tidak lah.. kedai makan tepi jalan juga.. bukannya tempat beraircond pun.. mengalahkan harga yang aku makan semalam kat mohd chan la pula..

Tensionnya Pagi Ni...

geram betul dengan mr. boss ni.. pepagi lagi dah masuk bilik membebel bebel.. kalau membebel benda yang elok tu tak mengapa lah juga.. ni membebel nak 'down'kan orang jer dia tahu.. panjang lebar lah pula syarahannya tu.. ada sahaja alasan nak menyalahkan orang.. yelah.. mentang-mentang dia tu boss.. jadi yang salahnya pekerja bawahan je lah ye mr. boss.. walaupun sebenarnya ko tu yang budusss.. uppsss.. sorry.. terkutuk pulak..

mana aku tak tension.. dah lah kene dengar syarahan dia pagi-pagi lagi.. walaupun bukannya marah kat aku.. tapi disebabkan aku ada sama dalam bilik tu.. terpaksa juga lah aku mendengar 'nyanyian' bebelannya.. tapi disebabkan 'nyanyian' dia tu semuanya 'sumbang'.. maka aku terpaksa menanggung sakit kepala sekarang ini.. aduuuhhh.. ni bukannya pertama kali mr. boss masuk membebel kat dalam bilik ni aku sakit kepala.. dah kerap kali juga lah rasanya..

tolonglah kakak seksitary mr. boss.. lain kali jangan bagi dia masuk pagi pagi kat dalam bilik ni.. tak tahan rasanya kalau dia masuk jer aku mesti sakit kepala.. susah betullah kalau boss yang peringkat 'retire' ni masih lagi duduk di pejabat dan jadi 'boss'.. banyak membebel daripada buat kerja..

p/s: mr. boss.. cubalah bagi kata-kata semangat.. dan bukannya kata-kata nista.. manusia ni bukannya sempurna mana pun.. ko pun sama juga.. kalau sempurna sangat.. baik semua kerja kat office ni ko buat je.. tak payah upah orang nak buat kerja-kerja kat office ko ni..

Tuesday, November 2, 2010

My Lunch Today..

hari-hari makan kat tempat biasa dah jemu lah pula jadinya.. puas dok fikir nak makan kat mana.. akhirnya aku, angah ojie & apek chiok makan di Mohd Chan Abdullah cawangan Melawati..  ini restoran masakan cina muslim.. huhuhu.. jauh kitorang berjalan hari ini semata-mata hendakan kelainan untuk lunch hari ini.. lebih kurang 15minit juga la dari office ke sana ikut MRR2.. (mana tak cepat sampai.. angah ni pecut bawa kereta.. laju nak mampus.. tak ingat aku kat belakang yang dah bekeluarga ni.. heh heh..)

Kantonis Yee Mee & Sirap Bandung - ni aku punya lunch..

Nasi Masak 'Kam Heong' & Teh O Ais - yang ni angah ojie punya.. 

makanan memang sedap.. tip top.. tengok la dia punya bahan-bahan dalam yee mee tu.. meriah sungguh.. harga pun berpatutan.. sampai tak larat lah nak habiskan.. (hehehe aku makan tak pernahnya tinggal sisa.. mak dah ajar sejak kecil-kecil lagi, kalau boleh habiskan makanan.. kenyang pun makan pelahan-lahan.. jangan berbuang..) kalau tak silap restoran Mohd Chan ni ada kat kawasan lembah klang jer.. layanan pun ok juga.. tak perlu tunggu lama untuk dapat makanan yang dipesan..

hehehe.. boleh bagi 3.5 bintang daripada 5 bintang kat restoran Mohd Chan Abdullah ni.. :)

Ole-Ole Dari Cameroon Highlands

ini bukannya cerita aku yang baru balik daripada bercuti.. sebaliknya officemate (angah ojie) yang pergi bercuti.. sebelum pergi cameroon hari sabtu sempat ambil pesanan nak kirim beli apa.. aku pun kirim lah beli sayur.. hehehe.. disebabkan ramai sangat yang buat pesanan.. dia pun dah pening.. jadi aku dapat ni jer..

baby tomato..

ok la juga daripada tak ada langsung walaupun angah ojie ni bercadang nak bagi lagi sayur-sayur yang lain.. tapi aku tolak sebab mak abah pun tak ada kat rumah.. jadi aku, cik abang & adik dengan husbandnya beli jer makanan.. malas nak masak.. maklumlah anak masing-masing tengah lasak.. (hehehe.. malas lah yang lebihnya tu..)

ada juga teh cameroon valley yang dibeli untuk dikongsi beramai-ramai minum di office.. teh ni berperisa sedikit.. yang angah beli ni 'Earl Grey Tea'.. memang sedap.. tak rugi beli.. ada rasa macam buah peach & lemon sikit-sikit.. kalau tekak orang lain tak tahu lah pula rasanya macam mana.. tapi yang aku rasa macam tu lah.. teh ni ada banyak perisa juga.. kat rumah mak aku pun ada juga teh ni masa BIL aku pergi outstation ke cameroon dua tiga bulan yang lepas.. ada perisa strawberry & blackcurrant.. yang lain-lain tak tahu lah pula ada perisa apa..   

Earl Grey Tea - Cameron Valley

aku pun dah lama tak pergi bercuti dengan keluarga.. anak-anak pun masih kecil lagi.. malas rasa nak berjalan-jalan pun.. penat jer lebih nanti.. dengan melayan kerenah anak-anak nya lagi.. dengan penat dalam perjalanan lagi.. biarlah.. tunggu lah bila anak-anak dah besar sikit nanti..

p/s: teringin sangat nak bawa anak-anak pergi Genting.. :(



Monday, November 1, 2010

Sarapan Pagi Yang Mengecewakan..

pagi ni punya lah terexcited nak pergi sarapan dengan cik abang.. maklumlah.. dah lama tak berdua-duaan makan bersama.. tentera2 kecil semua sudah selamat dihantar ke rumah babysiter.. emak dan abah pun dah selamat balik ke kampung.. cibul pun ikut opah atok balik kampung.. jadi pagi ni masa singgah rumah mak untuk menukar kenderaan aku dan cik abang ke tempat kerja sekejap sahaja.. (kuda (motor) abang tinggal dekat rumah emak, pagi-pagi kami akan tukar kereta dengan kuda untuk ke tempat kerja)..

pilih punya pilih tempat untuk bersarapan.. akhirnya restoran mamak juga lah yang menjadi pilihan untuk menjamu tekak selera.. cik abang pun pesan tosai & teh 'O' untuk nya.. dan aku.. with my favourite.. roti telur & teh tarik.. masa hidangan sampai.. siap minta mamak kuah kari extra.. hehehe.. aku memang suka makan dengan kuah kari kalau nak dibandingkan dengan kuah dal & sambal.. sedap la pula kuah kari mamak ni..

tup.. tup.. sampai nak habis aku dok telan kuah kari dengan roti telur.. aku 'terperasan' lak de 'benda' dalam kuah kari tu.. uwwaaah.. mana la pulak datangnya 'bulu' dalam kuah kari aku ni.. hiissshhh.. dah nak habis telan makan baru la perasan.. kenapa tak nampak awal-awal.. boleh aku complain kat mamak tu.. kurang-kurang boleh dapat makan free.. hahaha..

tu la cik abang kata.. nak sangat minta kuah extra.. ni dia bagi pakej lagi 'extra'.. sudahnya sampai sekarang tekak aku rasa kembang-kembang.. macam tak boleh nak ingat apa yang dah aku telan.. huk huk huk.. makan lagi kat kedai mamak.. lain kali bangun awal.. masaklah sarapan sendiri.. jangan nak makan hasil tangan orang jer.. kalau bersih tu tak apa lah juga.. kan.. akhirnya aku terkena juga pagi ni..