Assalamualaikum..
antara sakit yang paling tak tahan, mesti ramai yang setuju.. sakit GIGI.. rasa serba tak kena nak buat kerja. serba salah jer rasa.. nak makan pun susah sebab nak buka mulut luas-luas pun rasa sangat sakitnya.. nak pening kepala pun ada.. yang pasti mood pun jadi tak berapa nak elok gara-gara sakit gigi.. sakit gigi bongsu aku ni dah lama juga rasanya aku tanggung. ada la dalam 3, 4 tahun juga.. sampai ada kawan yang bagi pendapat untuk buat pembedahan bagi membuang gigi geraham bongsu supaya sakitnya tak melarat nanti..
aku nak pergi klinik cabut gigi.. heiii... tak apalah.. baik aku tanggung sahaja sakitnya ini.. tak nak lah pergi klinik.. karang daripada sakit sikit, jadi banyak pula.. jadi rasanya tanggung sahajalah sakit gigi ni.. alah nanti esok esok hilang lah sakit gigi tu..
p/s: hehehe.. penakut juga rupanya aku ni bila masuk bab gigi..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment