nampaknya sakit gigi geraham bongsu aku ni masih lagi ada.. biasanya sakit akan hilang selepas dua tiga hari..ni dah nak masuk seminggu tak hilang juga.. akhirnya tengah hari tadi aku mengalah juga untuk pergi ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan.. puncanya bengkak yang makin menjadi-jadi dan mulut payah nak dibuka bila nak makan.. jangan kata nak makan.. nak telan air liur pun aku rasa sakit.. nak bercakap pun aku rasa sakit.. dulu-dulu tak adalah sakit teruk macam ni.. sekarang ni sakitnya makin tak tertanggung rasanya..
bila buat pemeriksaan di klinik gigi tadi.. doktor bagi lah dua jenis antibiotik & ubat tahan sakit untuk mengurangkan sakit gigi.. dan doktor memberi cadangan untuk aku mencabut gigi geraham bongsu tersebut kerana keadaannya yang agak tersepit dan tiada lagi ruang untuk gigi tumbuh dengan sempurna.. hehehe aku menganguk sahaja tanda setuju.. tapi gigi tak boleh untuk dicabut hari ini dalam keadaan gusi yang masih bengkak.. ni cari penyakit namanya kata doktor.. lagi pun ubat bius tidak akan berfungsi dengan baik kalau gusi masih bengkak.. dan akhirnya doktor memberi cadangan untuk mencabut gigi aku pada hari isnin depan secara pembedahan.. pengsan sekejap rasanya bila dengar nak kena bedah dan cabut gigi kekal yang elok-elok jer kat dalam tu..
sekarang ni bila dah makan ubat rasa sakit tu dah berkuranganlah.. huk huk huk.. macam berani sangatlah aku ni nak pergi bedah gigi.. takut melalak jer nanti.. agaknya mahu kena lempang dengan doktor aku nanti.. rasanya dari dulu lagi kakak baik ku kat office lama (kak zana) dah bagi cadangan untuk buat pembedahan bagi buang gigi geraham tu.. disebabkan aku penakut
apa-apa pun tunggu hari isnin nanti.. harap semuanya berjalan dengan lancar.. dan aku pun berani untuk pergi semua ke klinik gigi.. :)
Wassalam..
No comments:
Post a Comment