Salam Aidiladha buat semua teman-teman blogger.. masa berlalu begitu pantas.. esok dah nak raya qurban pula.. rasa macam baru je sambut aidilfitri.. ni dah nak sambut aidiladha pula.. biasanya suasana sambutan aidiladha tidak lah disambut meriah seperti aidilfitri.. tapi sekarang ni dah meriah juga hari raya aidiladha.. banyak masjid-masjid yang buat qurban.. dan esok pastinya sibuk dengan acara melapah.. masjid di rumah emak sebanyak 10 ekor lembu untuk qurban dan 2 ekor lembu untuk tujuan aqiqah pula.. banyak tu.. petang ni sahaja lembu untuk aqiqah akan selamat 'dikorban'kan.. makan daging lembu sahajalah seminggu dua ni..
kalau 3 tahun yang lepas, emak & abah pergi memunaikan rukun islam ke-lima buat kali ke-dua.. tahun lepas juga along & kak long aku pergi menunaikan pelengkap rukun islam diusia muda.. rasa bangga sangat dapat tengok along & kak long antara golongan dewasa yang muda pergi tunaikan haji tahun lepas.. masing-masing baru berusia 34 tahun..sedih pun ada masa nak tinggalkan tiga orang anak-anak yang masih kecil waktu itu.. yang sulung baru sahaja 8 tahun dan yang kecil 5 tahun.. dah seru nak pergi haji diusia muda.. jadi peluang tersebut along tak lepaskan begitu sahaja.. alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar.. along & kak long pergi dan balik dalam keadaan selamat.. tahun ini dalam masa nak sambut aidiladha, kak long tengah berdebar-debar nak sambut 'orang baru' dalam keluarga.. :)
aku & abang pun berharap dapat juga pergi menunaikan haji sebelum masuk zone 'warga emas'.. bukannya apa takut nanti bila dah tua baru nak pergi bimbang tak mampu lakukan banyak perkara.. semuanya perlukan bantuan.. harap-harap impian ini dapat terlaksana juga sebelum mata ini tertutup..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment