Assalamualaikum..
sambungan cerita bahagian I.. masih lagi dalam mood 'sakit' akibat bengkak di gusi.. tu yang tak ada mood nak menulis sehari dua ni..
aku pun tak tahu macam mana boleh jadi berani untuk mencabut gigi yang kadang kala sakit ini.. mungkin sudah lama aku menanggung sakitnya itu yang membuatkan aku nak cabut.. sampai di klinik awal juga.. tapi menunggu doktor punya lama.. ni yang buat aku makin cemas.. bila doktor sampai sahaja lagi lah bertambah tambah tahap kecemasan aku ni.. dan masa nama aku dipanggil (sebab aku orang yang pertama) rasa macam nak pengsan kat depan pintu tu sahaja.. boleh tak fikir macam tu jadinya.. sebab takut lah ni.. tapi nak buat juga.. nak rasa macam mana pengalaman cabut gigi.. sekurang-kurangnya bila orang bercerita tentang sakit gigi.. aku tahu lah tahapnya macam mana.. kelakar betul lah.. dalam hati punyalah macam nak melalak jer.. rasa nak terjun dari kerusi kat bilik dentist tu.. nak jer lari balik rumah semula..
masa mula-mula doktor sapukan ubat bius.. aku ok lagi.. tak adalah ciri-ciri rupa orang takut nak cabut gigi.. tapi bila doktor tanya pernah ke tidak cabut gigi sebelum ini mula lah aku nak lompat jer.. memanglah tak pernah cabut lagi.. doktor pula boleh cakap yang dia risau kalau orang pertama kali cabut gigi.. (agaknya dia takut aku terajang dia kot masa nak cabut gigi tu..) alah.. rileks la doc.. kalau doc takut, aku pun takut.. yelah mana tahu masa nak cabut gigi aku jadi tak berjaya la pula.. memang betul jangkaan aku.. seisi mencabut menjadi sukar daripada doktor jangka sebab kedudukan gigi yang dalam dan gusi yang kuat.. tak ada ciri-ciri gusi boleh bagi kerjasama dengan baik.. banyak kali juga aku disuntik dengan ubat apa aku kurang pasti, tapi rasanya agak pahit dan tidak membahayakan jika tertelan.. siap aku cakap dalam hati, cuba pujuk diri supaya jangan buat perkara-perkara yang menyukarkan kedua-dua pihak (aku dan doktor) untuk mencabut gigi dengan mudah.. dan berulang-ulang kali aku membaca la ila hailahu subahnaka ini kuntuminal zolimin..
selepas mencuba hampir empat kali barulah gigi geraham bongsu dapat keluar.. setelah hampir 45minit doktor berhempas pulas untuk mengeluarkannya.. nasib baiklah doktor lelaki yang buat.. kalau doktor perempuan, aku rasa tak tercabut agaknya.. memang payah betul sebab gigi tak goyang atau ciri-ciri nak cabut memanglah susah.. siap masa nak cabut tu banyak kali juga doktor tanya sakit tak.. aku cuma diam.. tak tahu nak bagi reaksi macam mana.. nak jawap mulut dah ternganga macam mana nak jawapkan.. diam sahaja lah.. doktor tu mesti ingat sebab aku takut sangat sampai nak jawap pertanyaan dia pun susah..
sebelum balik, aku diberi dua jenis ubat antibiotik dan sejenis ubat tahan sakit bagi mengurangkan rasa sakit.. sejam lepas cabut, jangan makan apa-apa pesan nurse tu.. hehehe.. keluar dari klinik aku rasa ok jer.. tak adalah sakit mana cabut gigi ni (tu cakap orang berlagak masa bius ada lagi.. mulut dengan bibir pun kebas lagi waktu itu..) elok sahaja ubat bius dah hilang, haaa.. tu dia baru tahu sakitnya macam mana.. waktu tu baru datang rasa menyesal.. kenapalah aku pergi cabut gigi ni.. biar sahaja kan elok.. lantaklah nak sakit sikit-sikit pun bukannya mati.. waaaa.. rasa nak pengsan balik la.. tak tahannya.. sudahnya daripada dipesan jangan makan lagi sejam jadi tujuh jam kemudian baru dapat aku makan.. itu pun makan bubur sahaja yer.. sakit tuhan sahaja lah yang tahu.. masa cabut tu siap cakap, kena jadi kuat.. sakit lagi nak bersalin daripada sakit cabut gigi.. tapi pada aku, sakit nak bersalin, sakitnya lain.. sakit cabut gigi ni, sakitnya lain.. jangan main-main dengan sakit gigi..
dua hari juga lah aku dapat mc sebab tak tahan sakit bengkak gusi yang kena cabut tu.. nak bercakap pun susah, inikan pula nak makan.. jadi.. pada sesiapa yang tak tahan nak tanggung rasa sakit, jangan cabut yer.. kalau nak cari penyakit.. boleh juga.. tak salah pun.. sekurang-kurangnya lain kali bila dah betul-betul sakit nak tercabut, baru aku pergi klinik untuk cabut gigi... :)
Wassalam..
No comments:
Post a Comment