Asssalamualaikum..
gembira sangat, akhirnya kaklong selamat melahirkan juga baby yang kononnya macam nak keluar dah hari khamis lepas.. nampaknya baby baru ni nak sama tarikh dengan 'abang lang'nya.. hari sabtu (27hb) baru lah baby nak keluar..
aku tak dapat nak pergi tengok 'orang baru' sebab dah selamat pulang ke kampung emak jumaat malam.. sebab cibul ada ikut opah dan atuk nya balik ke kampung.. kalau tak balik, nanti lama sangat tak berjumpa dengan cibul.. kalau nak tengok wajah orang baru, boleh singgah kat blog adik manjaku niennluv.. tengok kat entry pasal Baby Baru vs Baby 'Besar'..
bilalah agaknya baru berkesempatan nak tengok baby baru ni.. tak sabar rasanya nak pergi melawat.. mungkin selepas kaklong balik semula ke puchong sebab kaklong bercadang nak balik ke melaka untuk berpantang di sana dalam dua minggu.. tahniah buat along dan kaklong kerana menambahkan lagi bilangan ahli keluarga kita yang kecil ini.. :)
Wassalam..
blog ini lebih kepada penceritaan peribadi empunya blog. tidak berniat untuk menyinggung sesiapa pun. jika ada yang terasa dengan penulisan, mohon maaf kerana bukan niat dihati untuk menyakiti sesiapa sahaja & terima kasih kerana sudi menziarah blog ini..
Islamic Widget
Showing posts with label perihal keluarga. Show all posts

Monday, November 29, 2010
Thursday, November 25, 2010
Menanti 'Orang Baru'..
Asssalamualaikum..
berdebar-debar rasanya bila pagi tadi emak ada menelefon memberi perkhabaran baik..
emak: assalamualaikum na, kak long dah keluar tanda nak bersalin dah..
aku: waalaikumussalam.. ye ker mak.. baru lagi ker..
emak: along baru lepas hantar kak long kat office.. pastu kak long telefon semula kata dah keluar tanda.. nanti mesej lah kat along.. tanya berita..
aku: ok mak, insyaallah.. dah tu mak balik kl semula tak..
emak: tak lah.. alah dah anak yang ke empat tu.. tak pe lah.. ok la tu..
(sebahagian perbualan aku dengan emak)
emm mak baru sahaja balik kampung semalam dengan anakku cibul.. tak mungkin lah nak balik.. lagipun emak abah nak rehat kat kampung dalam seminggu.. berbalik pada kak long aku, jangkanya bersalin 28hb ni.. agaknya baby dah tak sabar nak keluar la tu.. aku pula rasa jadi tak tentu arah ni.. rasa macam saat nak bersalinkan chembam pula.. (huhuhu masa tu sedih juga.. mak, abah dengan adik bongsuku ciklie pergi menunaikan umrah.. dan yang pasti chembam lahir sama tarikh dengan opahnya..) tak sabar lah pula nak tengok wajah 'orang baru'.. kali ni ikut muka siapa lah pula agaknya.. bertambah-tambah lagi lah ahli keluarga kami :)

cik abang bersama cibul, buuu dan anak-anak along semasa melawat zoo negara tahun lepas..
Wassalam..
Tuesday, November 9, 2010
Selamat Hari Jadi Abah.. Sayang Abah
alhamdulilah.. syukur pada Allah s.w.t. kerana masih memanjangkan usia abah setahun lagi hari ini.. semoga abah memperoleh kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan abah..
sayang.. memang sayang sangat sangat kat abah.. nak cakap kat depan-depan tak boleh.. aku ni jenis sememeh gak.. nanti nangis yang lebih daripada bercakap.. abah memang sporting.. penyayang dengan anak-anak.. tak lokek dengan apa yang abah ada.. sebolehnya apa yang dihajati abah akan tunaikan.. bezanya cepat atau lambat sahaja.. dari kecil lagi kalau nak bercerita masalah.. abah lah yang menjadi pilihan jika nak dibandingkan dengan emak.. sebab emak garang sikit.. tapi semenjak dah masuk zone 'warga emas' ni.. abah berubah watak banding dengan masa muda abah dulu..

sewaktu sambutan hari jadi abah tiga tahun yang lepas bersama cibul..
abah.. walaupun sukar nak diucapkan.. jauh disudut hati ini amat menyayangi abah selama-lamanya.. tiada siapa yang dapat mengganti tempat abah.. dan tak akan ada yang serupa dengan abah.. love u soooo muchh abah...
Subscribe to:
Posts (Atom)