Islamic Widget

Showing posts with label kisah ummi. Show all posts
Showing posts with label kisah ummi. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

Kebosanan Tahap Maksimum..

Salam..

selalunya, bila masuk tahun baru kita akan bersemangat dengan pelbagai azam.. tapi aku rasa macam serba tak kena sahaja semenjak akhir-akhir ini.. punca??? semestinya dengan faktor keadaan ekonomi semasa sedikit sebanyak menyumbang kepada rasa bosan dengan pekerjaan aku sekarang ini.. barang keperluan semuanya meningkat naik harganya.. kadang tu rasa macam sayang sahaja kalau yang dibeli adakalanya terpaksa dibuang.. beli dah lah mahal.. alih-alih ke dalam tong sampah juga perginya..

dari mula aku masuk kerja kat tempat sekarang ini, belum pernah aku merasa naik gaji dan bonus seperti ditempat lama.. (sedih sangat.. kat tempat lama aku, walaupun tak naik banyak, tetap akan naik gaji juga tiap-tiap tahun.. bonus pun ada.. kat sini apa yang ada.. memang pilih kasih betul..) lama juga lah hampir tiga tahun.. tapi kalau hendak dibandingkan dengan orang yang menganggur, aku masih bernasib baik kerana masih punya pekerjaan tetap dan duit gaji pun alhamdulilah.. tetap dibayar setiap bulan..

entahlah.. tak tahu hendak kata apa lagi.. cuma aku berharap agar dapat pekerjaan baru yang lebih mencabar minda aku dan semestinya income yang lebih untuk menyara kehidupan kami sekeluarga..

Wassalam..

Wednesday, December 22, 2010

Barang Lama Dibuang Jangan..

Asssalamualaikum..

kebiasaannya kita apabila mendapat sesuatu yang baru, yang lama pasti dilupakan.. tapi pada aku, lagi lama disimpan, makin aku sayang sampaikan hendak menggantikannya dengan yang baru pun terasa berat untuk aku lakukan.. hendak pula kalau barang itu sudah lama diguna pakai..

alkisahnya.. cik abang menegur tentang sepatu yang selalu aku pakai.. tak kira ke pejabat atau pergi berjalan-jalan.. sepatu ini aku mula pakai sewaktu mengandung anak sulung.. memang agak lama sudah.. bayangkan anak sulung aku pun nak menginjak ke usia empat tahun.. bukan tak ada sepatu lain.. memang ada yang lain.. tapi mungkin disebabkan sudah selalu sangat memakainya dan aku pun selesa dengannya.. jadi jarang benarlah aku menggunakan sepatu yang lain.. maka faham-faham sahajalah keadaan sepatu itu sekarang.. dah tentu tidak sempurna lagi..

dan hari ini, cik abang telah pun membelikan aku yang baru sebagai hadiah untuk hari lahir aku juga.. terharu sungguh dengan pemberian abang.. dan apabila mengenangkan pemberian aku untuk abang pada hari lahirnya yang lalu.. aku jadi sedih dan sebak untuk mengingatkan semula apa yang telah berlaku.. bukan rezeki kita kata abang.. memang.. memang hebat ujian untuk aku dan abang untuk tahun ini.. rasa sayang pula nak menggantikan yang lama dengan yang baru.. yang pasti aku tidak akan membuangnya.. dan tetap akan terus menggunakannya juga.. tapi mungkin tidak sekerap dahulu lagi..

Wassalam..

Wednesday, November 24, 2010

Berani Dalam Takut - Bahagian II

Assalamualaikum..

sambungan cerita bahagian I.. masih lagi dalam mood 'sakit' akibat bengkak di gusi.. tu yang tak ada mood nak menulis sehari dua ni..

aku pun tak tahu macam mana boleh jadi berani untuk mencabut gigi yang kadang kala sakit ini.. mungkin sudah lama aku menanggung sakitnya itu yang membuatkan aku nak cabut.. sampai di klinik awal juga.. tapi menunggu doktor punya lama.. ni yang buat aku makin cemas.. bila doktor sampai sahaja lagi lah bertambah tambah tahap kecemasan aku ni.. dan masa nama aku dipanggil (sebab aku orang yang pertama) rasa macam nak pengsan kat depan pintu tu sahaja.. boleh tak fikir macam tu jadinya.. sebab takut lah ni.. tapi nak buat juga.. nak rasa macam mana pengalaman cabut gigi.. sekurang-kurangnya bila orang bercerita tentang sakit gigi.. aku tahu lah tahapnya macam mana.. kelakar betul lah.. dalam hati punyalah macam nak melalak jer.. rasa nak terjun dari kerusi kat bilik dentist tu.. nak jer lari balik rumah semula..

masa mula-mula doktor sapukan ubat bius.. aku ok lagi.. tak adalah ciri-ciri rupa orang takut nak cabut gigi.. tapi bila doktor tanya pernah ke tidak cabut gigi sebelum ini mula lah aku nak lompat jer.. memanglah tak pernah cabut lagi.. doktor pula boleh cakap yang dia risau kalau orang pertama kali cabut gigi.. (agaknya dia takut aku terajang dia kot masa nak cabut gigi tu..) alah.. rileks la doc.. kalau doc takut, aku pun takut.. yelah mana tahu masa nak cabut gigi aku jadi tak berjaya la pula.. memang betul jangkaan aku.. seisi mencabut menjadi sukar daripada doktor jangka sebab kedudukan gigi yang dalam dan gusi yang kuat.. tak ada ciri-ciri gusi boleh bagi kerjasama dengan baik.. banyak kali juga aku disuntik dengan ubat apa aku kurang pasti, tapi rasanya agak pahit dan tidak membahayakan jika tertelan.. siap aku cakap dalam hati, cuba pujuk diri supaya jangan buat perkara-perkara yang menyukarkan kedua-dua pihak (aku dan doktor) untuk mencabut gigi dengan mudah.. dan berulang-ulang kali aku membaca la ila hailahu subahnaka ini kuntuminal zolimin..

selepas mencuba hampir empat kali barulah gigi geraham bongsu dapat keluar.. setelah hampir 45minit doktor berhempas pulas untuk mengeluarkannya.. nasib baiklah doktor lelaki yang buat.. kalau doktor perempuan, aku rasa tak tercabut agaknya.. memang payah betul sebab gigi tak goyang atau ciri-ciri nak cabut memanglah susah.. siap masa nak cabut tu banyak kali juga doktor tanya sakit tak.. aku cuma diam.. tak tahu nak bagi reaksi macam mana.. nak jawap mulut dah ternganga macam mana nak jawapkan.. diam sahaja lah.. doktor tu mesti ingat sebab aku takut sangat sampai nak jawap pertanyaan dia pun susah..

sebelum balik, aku diberi dua jenis ubat antibiotik dan sejenis ubat tahan sakit bagi mengurangkan rasa sakit.. sejam lepas cabut, jangan makan apa-apa pesan nurse tu.. hehehe.. keluar dari klinik aku rasa ok jer.. tak adalah sakit mana cabut gigi ni (tu cakap orang berlagak masa bius ada lagi.. mulut dengan bibir pun kebas lagi waktu itu..) elok sahaja ubat bius dah hilang, haaa.. tu dia baru tahu sakitnya macam mana.. waktu tu baru datang rasa menyesal.. kenapalah aku pergi cabut gigi ni.. biar sahaja kan elok.. lantaklah nak sakit sikit-sikit pun bukannya mati.. waaaa.. rasa nak pengsan balik la.. tak tahannya.. sudahnya daripada dipesan jangan makan lagi sejam jadi tujuh jam kemudian baru dapat aku makan.. itu pun makan bubur sahaja yer.. sakit tuhan sahaja lah yang tahu.. masa cabut tu siap cakap, kena jadi kuat.. sakit lagi nak bersalin daripada sakit cabut gigi.. tapi pada aku, sakit nak bersalin, sakitnya lain.. sakit cabut gigi ni, sakitnya lain.. jangan main-main dengan sakit gigi..

dua hari juga lah aku dapat mc sebab tak tahan sakit bengkak gusi yang kena cabut tu.. nak bercakap pun susah, inikan pula nak makan.. jadi.. pada sesiapa yang tak tahan nak tanggung rasa sakit, jangan cabut yer.. kalau nak cari penyakit.. boleh juga.. tak salah pun.. sekurang-kurangnya lain kali bila dah betul-betul sakit nak tercabut, baru aku pergi klinik untuk cabut gigi... :)

Wassalam..

Monday, November 22, 2010

Berani Dalam Takut - Bahagian I

Assalamualaikum..

kalau nak dikategorikan aku ni jenis apa.. rasanya memang aku jenis yang 'berani dalam takut' dan bukannya 'takut dalam berani'.. kalau hari khamis doktor ada memberi cadangan supaya aku mencabut gigi geraham bongsu aku yang sakit itu, nampaknya aku hari ini menurut cadangan yang diberikan.. itu sebab aku kata aku ni jenis 'berani dalam takut'.. mana tidaknya.. kalau aku betul-betul berani, sudah tentu tiga empat tahun yang lepas lagi aku dah cabut gigi tu dan tak perlu untuk menanggung sakitnya sehingga kini..

dalam takut-takut itu aku gagahkan diri untuk mencabut juga walaupun kalau hendak diamibil kira keadaan gigi, memang masih kukuh dengan gusi.. tidak ada tanda-tanda goyang sekali pun.. cuma rasa berdenyut-denyut tetap ada.. kalau dulu sakitnya akan hilang selepas dua tiga hari.. tapi kali ini rasa sakit itu tetap akan ada juga.. itu yang membuatkan aku menjadi 'berani' untuk berjuang mencabutnya juga..

dalam hati berdoa janganlah sakit bila cabut gigi nanti.. keh keh keh.. sedangkan kalau gigi yang bergoyang nak tercabut tu pun sakit bila dicabut.. inikan pula gigi yang memamg kuat lagi dengan gusi ini.. tak tahu nak cakap macam mana lagi dah.. apa yang pasti aku kena tempuhi juga..

akan disambung nanti.. keadaan masa mencabut gigi..

Wassalam..

Friday, November 19, 2010

Dalam Sakit-Sakit..

Assalamualaikum..

semalam masa doktor bagi aku mc dan aku pulang ke rumah emak dalam pukul 12 lebih, tengok ada tetamu di rumah emak.. kawan mak, makcik peah yang sudi datang ke rumah untuk mengajar emak membuat ketupat palas.. bila emak nampak jer aku, terus emak suruh belajar sama dengan makcik peah.. sebab mak belajar tak dapat-dapat skill untuk membuat ketupat palas ni.. aku pun bukannya pandai sangat pun.. sebab mak kata aku dah biasa buat ketupat daun kepala, jadi emak suruh juga aku belajar supaya kemudian hari boleh buat sendiri dan tak perlu beli lagi.. selalunya beli dapat kecil-kecil jer.. jadi semalam memang super selambak gituu..

inilah rupa ketupat palas yang siap direbus.. (dalam kuali lagi ni..)

hai.. nampak macam mudah nak buat.. tapi susah juga nak buat.. padanlah emak tak dapat juga skill nak buat.. emak lagi lah tangan kidal.. susah nak buat waktu nak pusing-pusing daun palas untuk bungkus pulut tu..

yang ini aku buat.. boleh cam sebab tangkai atasnya aku tak potong..

dapat jugalah aku belajar buat dalam empat biji.. hehehe.. kena selalu buat untuk dapatkan skill yang lebih baik lagi.. emmm.. lepas ni tak payah lah beli lagi.. dah boleh buat dah ni.. rupa?? tak kisah lah walaupun tak secantik mana.. janji boleh lagi dimakan..

Wassalam..

Thursday, November 18, 2010

Cerita Sakit Gigi Lagi..

Assalamualaikum..

nampaknya sakit gigi geraham bongsu aku ni masih lagi ada.. biasanya sakit akan hilang selepas dua tiga hari..ni dah nak masuk seminggu tak hilang juga.. akhirnya tengah hari tadi aku mengalah juga untuk pergi ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan.. puncanya bengkak yang makin menjadi-jadi dan mulut payah nak dibuka bila nak makan.. jangan kata nak makan.. nak telan air liur pun aku rasa sakit.. nak bercakap pun aku rasa sakit.. dulu-dulu tak adalah sakit teruk macam ni.. sekarang ni sakitnya makin tak tertanggung rasanya..

bila buat pemeriksaan di klinik gigi tadi.. doktor bagi lah dua jenis antibiotik & ubat tahan sakit untuk mengurangkan sakit gigi.. dan doktor memberi cadangan untuk aku mencabut gigi geraham bongsu tersebut kerana keadaannya yang agak tersepit dan tiada lagi ruang untuk gigi tumbuh dengan sempurna.. hehehe aku menganguk sahaja tanda setuju.. tapi gigi tak boleh untuk dicabut hari ini dalam keadaan gusi yang masih bengkak.. ni cari penyakit namanya kata doktor.. lagi pun ubat bius tidak akan berfungsi dengan baik kalau gusi masih bengkak.. dan akhirnya doktor memberi cadangan untuk mencabut gigi aku pada hari isnin depan secara pembedahan.. pengsan sekejap rasanya bila dengar nak kena bedah dan cabut gigi kekal yang elok-elok jer kat dalam tu..

sekarang ni bila dah makan ubat rasa sakit tu dah berkuranganlah.. huk huk huk.. macam berani sangatlah aku ni nak pergi bedah gigi.. takut melalak jer nanti.. agaknya mahu kena lempang dengan doktor aku nanti.. rasanya dari dulu lagi kakak baik ku kat office lama (kak zana) dah bagi cadangan untuk buat pembedahan bagi buang gigi geraham tu.. disebabkan aku penakut penyegan sebenarnya dengan doktor gigi itu lah menanggung sakit dah dekat tiga empat tahun ni.. kalau dari dulu aku dengar nasihat dia kan elok.. tak adalah nak tanggung sakit gigi ni berulang kali..

apa-apa pun tunggu hari isnin nanti.. harap semuanya berjalan dengan lancar.. dan aku pun berani untuk pergi semua ke klinik gigi.. :)

Wassalam..

Monday, November 15, 2010

Adoii.. Sakitnya Gigi..

Assalamualaikum..

antara sakit yang paling tak tahan, mesti ramai yang setuju.. sakit GIGI.. rasa serba tak kena nak buat kerja. serba salah jer rasa.. nak makan pun susah sebab nak buka mulut luas-luas pun rasa sangat sakitnya.. nak pening kepala pun ada.. yang pasti mood pun jadi tak berapa nak elok gara-gara sakit gigi.. sakit gigi bongsu aku ni dah lama juga rasanya aku tanggung. ada la dalam 3, 4 tahun juga.. sampai ada kawan yang bagi pendapat untuk buat pembedahan bagi membuang gigi geraham bongsu supaya sakitnya tak melarat nanti..

aku nak pergi klinik cabut gigi.. heiii... tak apalah.. baik aku tanggung sahaja sakitnya ini.. tak nak lah pergi klinik.. karang daripada sakit sikit, jadi banyak pula.. jadi rasanya tanggung sahajalah sakit gigi ni.. alah nanti esok esok hilang lah sakit gigi tu..

p/s: hehehe.. penakut juga rupanya aku ni bila masuk bab gigi..

Wassalam..

Monday, November 1, 2010

Sarapan Pagi Yang Mengecewakan..

pagi ni punya lah terexcited nak pergi sarapan dengan cik abang.. maklumlah.. dah lama tak berdua-duaan makan bersama.. tentera2 kecil semua sudah selamat dihantar ke rumah babysiter.. emak dan abah pun dah selamat balik ke kampung.. cibul pun ikut opah atok balik kampung.. jadi pagi ni masa singgah rumah mak untuk menukar kenderaan aku dan cik abang ke tempat kerja sekejap sahaja.. (kuda (motor) abang tinggal dekat rumah emak, pagi-pagi kami akan tukar kereta dengan kuda untuk ke tempat kerja)..

pilih punya pilih tempat untuk bersarapan.. akhirnya restoran mamak juga lah yang menjadi pilihan untuk menjamu tekak selera.. cik abang pun pesan tosai & teh 'O' untuk nya.. dan aku.. with my favourite.. roti telur & teh tarik.. masa hidangan sampai.. siap minta mamak kuah kari extra.. hehehe.. aku memang suka makan dengan kuah kari kalau nak dibandingkan dengan kuah dal & sambal.. sedap la pula kuah kari mamak ni..

tup.. tup.. sampai nak habis aku dok telan kuah kari dengan roti telur.. aku 'terperasan' lak de 'benda' dalam kuah kari tu.. uwwaaah.. mana la pulak datangnya 'bulu' dalam kuah kari aku ni.. hiissshhh.. dah nak habis telan makan baru la perasan.. kenapa tak nampak awal-awal.. boleh aku complain kat mamak tu.. kurang-kurang boleh dapat makan free.. hahaha..

tu la cik abang kata.. nak sangat minta kuah extra.. ni dia bagi pakej lagi 'extra'.. sudahnya sampai sekarang tekak aku rasa kembang-kembang.. macam tak boleh nak ingat apa yang dah aku telan.. huk huk huk.. makan lagi kat kedai mamak.. lain kali bangun awal.. masaklah sarapan sendiri.. jangan nak makan hasil tangan orang jer.. kalau bersih tu tak apa lah juga.. kan.. akhirnya aku terkena juga pagi ni..

Sunday, October 31, 2010

Hujung Minggu Berakhir...

bagi mereka-mereka yang bekerja, pastinya susah nak lepaskan hujung minggu itu berlalu pergi.. dan kalaulah boleh nak cuti hari-hari.. heheh.. banyak cantik.. habis mana nak dapat duit kalau tak kerja.. duit tu bukannya datang free free je kat kita.. lain lah kalau dah jadi jutawan.. boleh duduk goyang kaki bagi arahan jer kat orang bawahan.. berangan boleh lah..

huhuhu esok dah mula balik rutin harian.. kalau dapat tukar waktu, nak jer biarkan setiap hari tu hari minggu.. rasa tak puas nak main dengan anak-anak terutamanya dengan chembam ngan buuu.. ummi rasa macam tak cukup waktu lah sayang.. yelah banyak masa ummi habiskan kat dapur jer.. (hujung minggu jer lah yang ummi nak masak beria-ia pun..) tak dapat nak main-main dengan sayang ummi berdua.. cibul tu lain lah.. sekarang ni makin buat perangai.. apa entah yang tak kena dengan cibul.. ada saja yang tak kena.. kadang tu jadi naik geram pulak ummi dengan perangai cibul.. nak pukul tak sampai hati.. cibul tu dah lah kurus.. isi pun macam tak de tempat yang sesuai nak pukul untuk bagi pengajaran kat cibul..

tapi dapat mandikan chembam pun ummi dah rasa puas hati.. sekurangnya dapat juga ummi belai-belai chembam kan.. kalau ummi & walid kaya.. tak payah lah ummi susah-susah hantar cibul, buuu & chembam kat rumah orang sayang.. tapi nak buat macam mana.. ummi & walid kaya kasih sayang jer.. terpaksalah kita berpisah juga esok..

p/s: cibul - si along, buuu - angah yang comey, chembam - ateh yang pipi tembam lagi comel..