emm.. ptg khamis lalu balik dari kerja.. ambil anak-anak.. kami terus jer pulang ke kampung.. berhujung minggu di sana.. maklumlah nama pun balik kampung.. jadi line internet di sana pun kurang cantik.. maka tak dapat lah nak ber'blogging'.. hari baru dapat sambung balik..
selain dapat melepaskan rindu dekat cibul.. tak ada apa yang menarik.. nak berjalan-jalan sangat pun cuaca tak berapa elok.. hujan dari pagi hingga ke petang.. cadangnya nak mandi sungai.. bila dah hujan saja risau gak nak mandi.. takut pula hanyut nanti.. :)
blog ini lebih kepada penceritaan peribadi empunya blog. tidak berniat untuk menyinggung sesiapa pun. jika ada yang terasa dengan penulisan, mohon maaf kerana bukan niat dihati untuk menyakiti sesiapa sahaja & terima kasih kerana sudi menziarah blog ini..
Islamic Widget
Sunday, November 7, 2010
Thursday, November 4, 2010
Rindunya..
alahai.. rindu betul ummi kat anak ummi sorang ni.. kalau ikutkan memang tak nak bagi cibul ikut opah & atuk balik kampung dulu.. ni dah hampir seminggu ummi tak layan kerenah anak ummi sorang ni.. walaupun cibul nakal, ummi tetap sayangkan cibul.. ummi tetap rindukan cibul.. huhuu..
semalam ummi telefon opah.. opah cakap cibul dah tidur.. awalnya.. waktu tu baru pukul 8.25 malam.. opah beritahu cibul tak tidur siang hari.. tu yang buat cibul tidur awal.. sebelum maghrib lagi.. dalam pada ummi tengah berbual-bual dengan opah, cibul bangun.. tapi cibul tak nak cakap dengan ummi.. huhuhu.. sedihnya.. tak dapat ummi nak dengar suara cibul yang dah 2 hari ummi tak dengar..

cibul.. kesayangan ummi, walid, adik-adik & kesayangan semuanya..
tak apalah.. nanti tunggu ummi, walid & adik-adik balik ye.. esok dah mula cuti.. walid pun dah buat keputusan nak balik kampung juga.. rindu kami semua kat cibul.. jangan nakal-nakal.. kesian kat opah & atuk nak layan cibul nanti..
Wednesday, November 3, 2010
Cerita Makan Lagi..
hari ni masih lagi dalam mood jalan-jalan cari makan waktu lunch.. hehehe.. tempat jauh lagi dari yang biasa makan.. kali ini di kawasan taman melati pula.. kedai makan berhadapan dengan masjid salehuddin al ayyubi (berhampiran LRT tmn melati).. rajin benar 'dreber' nak bawa jalan jauh-jauh sikit kali ni..
ni bukannya apa nak bercerita pasal makan lunch tadi.. ada rasa tidak puas hati sikit.. nak kata aku ambil banyak sangat menu tu.. rasa-rasa tak lah pula.. yang aku ambil cuma ulam daun chelom, pegedil, ikan goreng talapia & sambal-sambal sikit (sambal belacan, cencaluk & budu).. bantainya dia charge aku RM8 sekali dengan air sirap limau.. mak aiii.. cekik darah betul.. tahu lah kalau ikan sungai tu mahal.. tapi takkan lah sampai seekor tu nak kira RM4 seekor.. melampau mahal.. untuk nasi dengan lauk-lauk saja dah kena RM6.50.. huhu.. tu lah nak makan lagi dekat tempat 'luar biasa'..

inilah yang aku makan tadi..
mak selalu cakap.. pasal makan jangan lah ungkit-ungkit.. mahal ke.. tak sedap ke.. tak baik ungkit soal rezeki.. huhuhu tapi ni bukan aku nak mengungkit.. cuma rasa tidak puas hati dengan harga yang agak 'melampau' pada aku.. hehehe ni dah kira macam harga aku makan untuk dua hari je kat kedai-kedai biasa.. nak kata tempat ni standard sangat tu tidak lah.. kedai makan tepi jalan juga.. bukannya tempat beraircond pun.. mengalahkan harga yang aku makan semalam kat mohd chan la pula..
Tensionnya Pagi Ni...
geram betul dengan mr. boss ni.. pepagi lagi dah masuk bilik membebel bebel.. kalau membebel benda yang elok tu tak mengapa lah juga.. ni membebel nak 'down'kan orang jer dia tahu.. panjang lebar lah pula syarahannya tu.. ada sahaja alasan nak menyalahkan orang.. yelah.. mentang-mentang dia tu boss.. jadi yang salahnya pekerja bawahan je lah ye mr. boss.. walaupun sebenarnya ko tu yang budusss.. uppsss.. sorry.. terkutuk pulak..
mana aku tak tension.. dah lah kene dengar syarahan dia pagi-pagi lagi.. walaupun bukannya marah kat aku.. tapi disebabkan aku ada sama dalam bilik tu.. terpaksa juga lah aku mendengar 'nyanyian' bebelannya.. tapi disebabkan 'nyanyian' dia tu semuanya 'sumbang'.. maka aku terpaksa menanggung sakit kepala sekarang ini.. aduuuhhh.. ni bukannya pertama kali mr. boss masuk membebel kat dalam bilik ni aku sakit kepala.. dah kerap kali juga lah rasanya..
tolonglah kakak seksitary mr. boss.. lain kali jangan bagi dia masuk pagi pagi kat dalam bilik ni.. tak tahan rasanya kalau dia masuk jer aku mesti sakit kepala.. susah betullah kalau boss yang peringkat 'retire' ni masih lagi duduk di pejabat dan jadi 'boss'.. banyak membebel daripada buat kerja..
p/s: mr. boss.. cubalah bagi kata-kata semangat.. dan bukannya kata-kata nista.. manusia ni bukannya sempurna mana pun.. ko pun sama juga.. kalau sempurna sangat.. baik semua kerja kat office ni ko buat je.. tak payah upah orang nak buat kerja-kerja kat office ko ni..

Tuesday, November 2, 2010
My Lunch Today..
hari-hari makan kat tempat biasa dah jemu lah pula jadinya.. puas dok fikir nak makan kat mana.. akhirnya aku, angah ojie & apek chiok makan di Mohd Chan Abdullah cawangan Melawati.. ini restoran masakan cina muslim.. huhuhu.. jauh kitorang berjalan hari ini semata-mata hendakan kelainan untuk lunch hari ini.. lebih kurang 15minit juga la dari office ke sana ikut MRR2.. (mana tak cepat sampai.. angah ni pecut bawa kereta.. laju nak mampus.. tak ingat aku kat belakang yang dah bekeluarga ni.. heh heh..)
Kantonis Yee Mee & Sirap Bandung - ni aku punya lunch..
Nasi Masak 'Kam Heong' & Teh O Ais - yang ni angah ojie punya..
makanan memang sedap.. tip top.. tengok la dia punya bahan-bahan dalam yee mee tu.. meriah sungguh.. harga pun berpatutan.. sampai tak larat lah nak habiskan.. (hehehe aku makan tak pernahnya tinggal sisa.. mak dah ajar sejak kecil-kecil lagi, kalau boleh habiskan makanan.. kenyang pun makan pelahan-lahan.. jangan berbuang..) kalau tak silap restoran Mohd Chan ni ada kat kawasan lembah klang jer.. layanan pun ok juga.. tak perlu tunggu lama untuk dapat makanan yang dipesan..
hehehe.. boleh bagi 3.5 bintang daripada 5 bintang kat restoran Mohd Chan Abdullah ni.. :)
Ole-Ole Dari Cameroon Highlands
ini bukannya cerita aku yang baru balik daripada bercuti.. sebaliknya officemate (angah ojie) yang pergi bercuti.. sebelum pergi cameroon hari sabtu sempat ambil pesanan nak kirim beli apa.. aku pun kirim lah beli sayur.. hehehe.. disebabkan ramai sangat yang buat pesanan.. dia pun dah pening.. jadi aku dapat ni jer..
baby tomato..
ok la juga daripada tak ada langsung walaupun angah ojie ni bercadang nak bagi lagi sayur-sayur yang lain.. tapi aku tolak sebab mak abah pun tak ada kat rumah.. jadi aku, cik abang & adik dengan husbandnya beli jer makanan.. malas nak masak.. maklumlah anak masing-masing tengah lasak.. (hehehe.. malas lah yang lebihnya tu..)
ada juga teh cameroon valley yang dibeli untuk dikongsi beramai-ramai minum di office.. teh ni berperisa sedikit.. yang angah beli ni 'Earl Grey Tea'.. memang sedap.. tak rugi beli.. ada rasa macam buah peach & lemon sikit-sikit.. kalau tekak orang lain tak tahu lah pula rasanya macam mana.. tapi yang aku rasa macam tu lah.. teh ni ada banyak perisa juga.. kat rumah mak aku pun ada juga teh ni masa BIL aku pergi outstation ke cameroon dua tiga bulan yang lepas.. ada perisa strawberry & blackcurrant.. yang lain-lain tak tahu lah pula ada perisa apa..
Earl Grey Tea - Cameron Valley
aku pun dah lama tak pergi bercuti dengan keluarga.. anak-anak pun masih kecil lagi.. malas rasa nak berjalan-jalan pun.. penat jer lebih nanti.. dengan melayan kerenah anak-anak nya lagi.. dengan penat dalam perjalanan lagi.. biarlah.. tunggu lah bila anak-anak dah besar sikit nanti..
p/s: teringin sangat nak bawa anak-anak pergi Genting.. :(
p/s: teringin sangat nak bawa anak-anak pergi Genting.. :(
Monday, November 1, 2010
Sarapan Pagi Yang Mengecewakan..
pagi ni punya lah terexcited nak pergi sarapan dengan cik abang.. maklumlah.. dah lama tak berdua-duaan makan bersama.. tentera2 kecil semua sudah selamat dihantar ke rumah babysiter.. emak dan abah pun dah selamat balik ke kampung.. cibul pun ikut opah atok balik kampung.. jadi pagi ni masa singgah rumah mak untuk menukar kenderaan aku dan cik abang ke tempat kerja sekejap sahaja.. (kuda (motor) abang tinggal dekat rumah emak, pagi-pagi kami akan tukar kereta dengan kuda untuk ke tempat kerja)..
pilih punya pilih tempat untuk bersarapan.. akhirnya restoran mamak juga lah yang menjadi pilihan untuk menjamutekak selera.. cik abang pun pesan tosai & teh 'O' untuk nya.. dan aku.. with my favourite.. roti telur & teh tarik.. masa hidangan sampai.. siap minta mamak kuah kari extra.. hehehe.. aku memang suka makan dengan kuah kari kalau nak dibandingkan dengan kuah dal & sambal.. sedap la pula kuah kari mamak ni..
tup.. tup.. sampai nak habis aku dok telan kuah kari dengan roti telur.. aku 'terperasan' lak de 'benda' dalam kuah kari tu.. uwwaaah.. mana la pulak datangnya 'bulu' dalam kuah kari aku ni.. hiissshhh.. dah nak habistelan makan baru la perasan.. kenapa tak nampak awal-awal.. boleh aku complain kat mamak tu.. kurang-kurang boleh dapat makan free.. hahaha..
tu la cik abang kata.. nak sangat minta kuah extra.. ni dia bagi pakej lagi 'extra'.. sudahnya sampai sekarang tekak aku rasa kembang-kembang.. macam tak boleh nak ingat apa yang dah aku telan.. huk huk huk.. makan lagi kat kedai mamak.. lain kali bangun awal.. masaklah sarapan sendiri.. jangan nak makan hasil tangan orang jer.. kalau bersih tu tak apa lah juga.. kan.. akhirnya aku terkena juga pagi ni..
pilih punya pilih tempat untuk bersarapan.. akhirnya restoran mamak juga lah yang menjadi pilihan untuk menjamu
tup.. tup.. sampai nak habis aku dok telan kuah kari dengan roti telur.. aku 'terperasan' lak de 'benda' dalam kuah kari tu.. uwwaaah.. mana la pulak datangnya 'bulu' dalam kuah kari aku ni.. hiissshhh.. dah nak habis
tu la cik abang kata.. nak sangat minta kuah extra.. ni dia bagi pakej lagi 'extra'.. sudahnya sampai sekarang tekak aku rasa kembang-kembang.. macam tak boleh nak ingat apa yang dah aku telan.. huk huk huk.. makan lagi kat kedai mamak.. lain kali bangun awal.. masaklah sarapan sendiri.. jangan nak makan hasil tangan orang jer.. kalau bersih tu tak apa lah juga.. kan.. akhirnya aku terkena juga pagi ni..
Subscribe to:
Posts (Atom)