Islamic Widget

Tuesday, November 30, 2010

'Tak Makan' Saman Betul..

Assalamualaikum..

rasa nak gelak pun ada bila melihat keletah si buuu ni.. ada sahaja benda yang diexplorenya.. budak tengah lasaklah katakan.. dan tiap kali balik ke kampung, buuu ni pun macam lepas 'kandang' sahaja.. mana tidak nya.. tak serik-serik nampaknya buuu ni.. kejadian 'makan' sambal belacan tempoh hari.. (boleh refer kat sini) buuu buat lagi..

ya allah, kali ni lagi lah.. bila buuu menjerit, tengok habis mukanya dengan sambal belacan opah.. nasib baik tak kena mata dan termakan.. meja habis bersepah dibuatnya.. memang lasak betul.. rasanya abangnya pun tak adalah lasak macam buuu ni.. kerusi kat meja makan memang tak boleh dibiar terbuka.. senang sangat buuu memanjat.. pening ummi tengok anak ummi yang seorang ni lah.. adventurous sungguh.. tu lah.. kalau nak dimarah pun bukan nya dia faham.. tapi kadang kala faham juga cuma saja je buat-buat nakal dia tu.. opahnya pun dah naik pening tengok buuu ni..

kes minyak kwan loong pun sama juga.. kali ni siap minum lagi.. bila dah terasa 'pedas' baru dia rasa.. berderau sekejap jantung.. takut juga lah kalau apa-apa terjadi sebab dah tertelan minyak tu.. hisssh memang tak makan saman lah buuu ni..

itu yang buat tidak boleh nak berhias rumah sangat.. habis semua nak 'dikemas'nya.. kalau tak masuk mulut, dilemparkannya ke bawah.. hik hik.. memang menjaga anak di bawah umur tiga tahun ni menuntut kesabaran yang tinggi dan perhatian yang lebih.. kalau lalai itu yang boleh jadinya perkara yang diluar jangkaan kita.. semoga aku tidak tergolong dalam golongan yang lalai itu....

nilah budak nakal yang ummi sebut tu.. geram jer ummi tengok.. nak gigit gigit dia tau..

Wassalam..

2 comments:

  1. hehe. memang pun. buuu nie memang tahap nak kene sangkut kat pokok kelapa dengan along sebab lasak sangat. hehe

    ReplyDelete
  2. memang nak kena sangut budak-budak ni.. lasak sangat.. pantang lepe.. ada saja aktiviti diorang ni..

    ReplyDelete