Islamic Widget

Sunday, November 7, 2010

Adik.. Kau Tetap Kami Sayang..

adikku sayang..
sudah bertahun kita berkenalan
walaupun jarang kita bertemu
namun rindu tetap jua datang..

adikku sayang..
walaupun takdir telah menentukan
adik tidak menjadi sebahagian
daripada keluarga ini
ketahuilah adik..
kami tetap sayang
adik sampai bila-bila..

adikku sayang..
memang sukar untuk menerima kenyataan
adik bukan lagi milik kami
adik semakin jauh rasanya
jauh.. meninggalkan segala kenangan adik
bersama kami walaupun seketika..

adikku sayang..
begitu sukar menerima hakikat
kemesraan kita hanya setakat ini sahaja
kerinduan ini terhenti di sini..

adikku sayang..
kami tetap mendoakan
agar adik berbahagia
kerna adik berhak untuk rasa bahagia
seperti insan-insan lain..

puisi ini ditujukan khas untuk adik hajar tersayang.. kalau adik ada baca.. jangan sedih-sedih ye.. kami semua tetap sayangkan adik.. jaga diri baik-baik & selamat menempuh kehidupan baru dengan lebih tenang & indah.. ada hikmah yang tersembunyi.. yang kita mungkin tak tahu sekarang mengapa semua ini berlaku.. percayalah hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita semua.. aminnn..

2 comments:

  1. waaaaa sedihnye :( huhuhu tula kalau perasan wall post yang org anta kat lie tu pun, sebenarnya org tulis lepas rs sedih sangat bila baca wall kat aja tu... huhuhuhu :(

    ReplyDelete
  2. sedih la ni.. tu yang keluar puisi ni.. rasa macam tak bleh nak terima hajar dah tunang dgn org lain.. :(

    ReplyDelete